Salam drama,
Berita Baik untuk peminat Zara Zya dan FadlanHazim.
Bila kau tak romantik kena ajar cara-cara nak jadi lelaki romantik!
Jadual tayangan: 2020
Channel: TV1
Para pelakon: Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprenamanrose, Syazwan Zulkipli
Sinopsis:
“Mazhab mana yang ajar kawan baik tak boleh kahwin? Lagi satu... Bukan ke perempuan idamkan lelaki romantik? Perlu ke saya ragui jantina awak sekarang?” – Arjuna. “Eh… Calon suami saya, kan? Ikut suka hati sayalah nak letak kriteria apa pun!” – Kaisara.
Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara( penulis novel hero romantik) kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek ‘romantik’ diterima tanpa rela.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq