Samarinda: Cari Aku di Syurga





Pengarah Radius One( pengarah drama Nur) kembali dengan naskah berjudul Cari aku di Syurga. Update download 
Tayangan: mulai 6 MEI 2019
Penulis skrip: Nurul Halawati
Pelakon utama: 


Sinopsis:
Kisah kasih seorang ayah kepada anak gadisnya serta kisah perjuangan keluarga melayani pesakit alzheimer.


"orang yang paling banyak menyakiti hati kita, Adalah orang yang paling susah untuk kita lupakan"
Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Dr. Arsyad. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.
Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Dr. Arsyad kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.




Download Cari Aku Di Syurga:



follow admya di facebook
berikan komen anda tentang drama ni

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...