join admya di FB

Episode 27 Lafazkan Kalimah Cintamu



Episode 27


Alhamdulillah, tepat pukul 10.15 minit malam mereka semua sampai di puncak Gunung Nuang. Elok sahaja khemas diap terpasang, Tengku Aqilah terus masuk. Tudungnya dibuka lalu badannya direbahkan.
Rasa sengal menjalar di seluruh tubuhnya, pastinya gara-gara dia terjatuh tadi. Dan yang paling sakit dirasa pada dada dan perutnya yang terasa tegang semacam. Dengan sebelah tangan memegang dada dan sebelah lagi memegang perut, Tengku Aqilah terus memejamlan matanya. Di kala dia ralit melayan kesakitannya, Tengku Aqilah melihat ada orang masuk ke dalam khemahnya.
Tengku Aqilah yang terburu-buru bangun dan mengambil tudungnya itu, terus menghela nafas panjang sebaik melihat suaminya yang masuk ke dalam khemah itu bersama dengan dua biji mug. Dia kembali berbaring, matanya dipejamkan. Tengku Ryan Ameer menyentuh dahi isterinya. Manalah tahu Tengku Aqilah deman, gara-gara terkejut yang teruk tadi.
“Qila, bangun minun air Milo ni. Ana yang bancuhkan,” panggil suaminya.
Tengku Aqilah membuka matanya sedikit. “Letak ajelah kat situ nanti saya minum. Saya nak rehat sekejap.” Perlahan Tengku Aqilah menjawabnya.
Tengku Ryan Ameer meletakkan mug itu di sudut, namun dia tidak meninggalkan khemah itu sebaliknya dia berbaring di sebelah isterinya. Tengku Aqilah membuka matanya semula bila merasa tubuh suaminya begitu rapat dengan tubuhnya. Namun, di saat ini otaknya bagaikan malas hendak mentafsir perubahan mendadap sikap suaminya itu. Mulutnya juga turut dikunci untuk bertanya. Lalu matanya dipejam kembali.
“Qila…”
Mendengar namanya dipanggil, Tengku Aqilah membuka matanya namun dia tidak menoleh pada suaminya.
“Azrul dah beritahu saya tadi pasal Natasha. Dia macam mana, okey ke?”
Tengku Aqilah tidak bersuara dia hanya mengangguk.
“Betul ke, dia akan berkahwin dengan Shafiq?” soal Tengku Ryan Ameer lagi.
Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahinya. “Yup, memang betul. Kenapa ada masalah ke?” soal Tengku Aqilah pula, suaranya mendatar sahaja.
Tengku Ryan Ameer menoleh pada isterinya yang turut memandang wajahnya di kala ini. Dia menggeleng.
“No, tak ada masalah langsung tapi tak tahulah pada Qila?”
Tengku Aqilah terus duduk. Tengku Ryan Ameer turut berbuat yang sama.
“Saya takt ahu apa masalah awak sekarang dan saya pun tak nak ambik tau sebenarnya. Tapi kalau awak nak tahu, bagaimana perasaan saya bila Shafiq nak kahwin dengan kakak saya, jawapannya gembira dan sedih. Gembira sebab saya yakim Shafiq boleh membahagiakan kakak saya, sedih sebab hanya satu Shafiq sahaja dalam dunia ni dan lelaki budiman itu telah pun memberikan hatinya pada kakak saya, puas hati?”
Berubah wajah Tengku Ryan Ameer mendengar jawapan pedas Tengku Aqilah itu.
“Ohh… jadi, awak menyesallah jadi isteri saya? Selama ni, awak begitu mengharapkan agar saya bebaskan awak supaya awak dapat bersatu dengan Shafiq macam tu?”
Tengku Aqilah sudah menggeleng. Rambutnya dilurut dengan jari sebelum dia mengikatnya. Wajah Tengku Ryan Ameer yang masih tegang itu dipandang.
“Saya dah tak ada jawapan untuk soalan awak tu. Sekarang ni saya confuse, siapa yang menyesal sebenarnya, saya atau awak? Siapa yang berubah sekarang ni, saya atau awak? Siapa yang masih belum menerima diri saya ni? Awak kan, apa sebenarnya yang awak nak Ku Ryan? Why no sekarang ni, di kesempatan yang ada ni, awak berterus terang aje dengan saya. Kita cuba settlekan secara dewasa. Itu pun kalau awak mahulah,” ujar Tengku Aqilah dengan suara yang sedikit bergetar.
Tengku Ryan Ameer menghembuskan nafasnya perlahan.
“Okey, okey, saya dah decide nak kembali semula pada awak. Saya nak bina hidup baru dengan awak. Saya dah boleh lupakan apa yang dah berlaku sebelum ni, tapi saya perlukan satu penjelasan dengan awak dulu, betul ke awak memang tidak ada perasaan dengan Shafiq atau awak menidakkannya semata-mata kerana awak hendak melakukan pengorbanan pada Natasha?”
Tengku Aqilah menggeleeng. Wajah suaminya dipandang, lama.
“Kalau saya katakan yang saya memang tidak ada hati dengan Shafiq dan kalau saya katakana yang saya anggap Shafiq seperti saudara kandung saya sendiri, awak akan terima saya? Awak akan kembali semula pada saya? Dan kita kana menjalani hidup sebagai suami isteri dengan bahagia, awak akan membahasakan diri awak dengan panggilan abang semula. Yup, panggilan yang cukup lama saya rindukan dan saya juga akan kembali memanggil awak dengan panggilan yang sama. Alangkah indahnya kalau kita dapat merealisasikan impian kita semudah itu kan? Awak rasa kita boleh melakukannya semudah itu? Boleh ke?”
Tengku Ryan Ameer sedikit termangu dengan pertanyaan Tengku Aqilah itu. Jelas keresahan di wajahnya.
Tengku Aqilah sudah tersenyum. Dia memakai semula tudung. Elok sahajay dia hendak menolak kain khemah, Tengku Ryan Ameer bersuara, “Why not? Kita pernah aje bersama sebelum ni dan kita bahagia waktu itu. Lagipun sampai bila kita hendak berterusan macam ni? Saya tak suka Qila, ‘bersaya’ dan ‘berawak’ dengan saya. Saya nak Qila panggil saya ‘abang’ saya dapat rasakan kasih sayang Qila bila Qila memanggil saya begitu, kita boleh cubakan untuk mulakan hidup baru dan itu lebih baik dari kita membuat haluan sendiri,” ucap Tengku Ryan Ameer penuh yakin.
Tengku Aqilah menoleh pada suaminya.
“Kita ni kadang-kadang adakalanya terleka. Kita mengharapkan sesuatu yang indah untik diri kita tapi dalam masa yang sama kita sendiri ragu-ragu untuk membalas kembali dengan perkara yang sama. Saya tak akan memanggil awak begitu lagi.
Untuk apa, kalau awak sendiri sebenarnya tidak bersedia untuk menyebutnya? Kalau betul awak nak kita kembali semula, kembali sebagai Ryan saya yang dulu, lafazkan kalimah cintamu dengan seikhlas hati, itu saja…” Tengku Aqilah terhenti seketika. Rasa sebak menyerbu hatinya, bibirnya diketap erat. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana hancurnya hati dia di kala ini.
“Macam nilah, apa kata hari ni kita lupakan semua masalah kita tu. Kita keluar dan kita enjoy dengan mereka semua. Kita datang sini pun nak happykan so tak berbaloilah daki gunung penat-penat at last sekadar nak bergaduh, nak bersedih, jomlah kita keluar,” ajak Tengku Aqilah lalu terus meninggalkan Tengku Ryan Ameer terpinga-pinga.
Tengku Aqilah teus menyertai staf-stafnya yang sudah pun duduk mengelilingi unggun api itu. Wilman yang duduk bertentangan dengannya sudah melemparkan senyuman yang cukup menawan. Tengku Aqilah membalas seadanya. Tengku Aqilah terus menceriakan wajahnya.
“So, apa aktiviti kita malam ni? Din tadi awak kata ada program?” soal Tengku Aqilah. Waktu itu sempat pula dia mengerling pada suaminya yang sudah duduk bertentangan dengannya, langkau dua orang dari Wilman.
Din Rider kelihatan begitu teruja, “Ada Cik Qila, kita dah bahagiakan ikut kumpulan dan setiap kumplan akan buat persembahan. Emm… Ku Ryan dengan Abang Man akan jadi juri…”
Tengku Aqilah sudah mengerutkan keningnya. “Habis tu saya?” tanya Tengku Aqilah seperti tidak puas hati.
“Kau salah seorang yang akan buat persembahan. Kita orang dah plan program ni kat ofis lagi. Kumpulan pun dah dibahagi. So kau, aku, Azrul dengan Din satu kumpulan. Okey kalau semua dah ready kita boleh mula ya…”
Berubah wajah Tengku Aqilah dengan jawapan yang teramat selamba yang keluar dari mulut Farhana itu.
“Yalah, Cik Qila, kitaorang dah plan lama program ni. Itu pun selepas dapat persetujuan Ku Ryan and out big boss yang handsome ni dengan pemurahnya telah manaja hadiah yang begitu lumayan. Bagi kumpulan yang memenangi tempat pertama, hadiahnya percutian ke Bali, best kan?” sampuk Triple J dengan lenggok manjanya. Tangannya ditepuk-tepuk tanda gembira.
Farhana sudah mencebikkan bibirnya, menyampah dia menengok Triple J yang miang semacam itu. Terutama di hadapan bos mereka, Tengku Ryan Ameer.
Tengku Aqilah hanya tersenyum hambar.
“Bagulah tu, semuanya Ku Ryan kan? Yalah dia kan big boss, of course segala keputusan datang dari dia. Buat-buatlah selalu macam ni, okeylah tu,” ujar Tengku Aqilah dengan matanya tidak lepas memandang wajah suaminya itu.
Tengku Ryan Ameer hanya membalas kata-kata isterinya dengan senyuman yang sinis sahaja.
Satu demi satu kumpulan membuat persembahan. Ada kumpulan yang bersajak, ada yang melakonkan sketsa pendek, ada yang menyanyi, bermain gitar dan ada juga yang menari. Tengku Aqilah terhibur juga dengan bakat-bakat terpendam pekerja-pekerja itu. Dia melihat Tengku Ryan Ameer dan Wilman sedang mencatat sesuatu, mungkin memberi markah agaknya.
“Okey, sekarang kita dah sampai ke persembahan yang terakhir, kumpulan Cik Aqilah, silakan…” Hamdan selaku pengacara majlis untuk malam itu telah menjemput kumpulan yang terakhir untuk membuat persembahan.
Semua pekerja-pekerja sudah bertepuk tangan. “Isyh, apa tarik-tarik aku ni Ana. Korang pergi ajelah, buat apa-apa yang korang nak buat. Aku tak nak campurlah,” gerutu Tengku Aqilah.
“Janganlah macam tu Qila, kita nak menyanyi…”
“Dah tu nyanyilah. Apa kena-mengena dengan aku pulak? Tak nak, tak nak…” Tolak Tengku Aqilah.
Farhana tetap berkeras. Dia menaruk juga tangan Tengku Aqilah dan Tengku Aqilah sememangnya tidak mampu untuk beradu kekuatan dengan Farhana. Akhirnya dia mengikut sahaja berdiri di depan.
“Selamat malam semua, malam ni kumpulan saya akan menyampaikan satu lagu yang akan didendangkan oleh second boss kita dan nyanyian Cik Qila akan diiringi oleh Din Rider dengan petikan gitarnya, “ujar Azrul Botak ceria.
Semua sudah bertepuk tangan. Tengku Aqilah hanya menggeleng. Lalu duduk semula di tempatnya. Di kala itu dia perasan semua mata sudah memandang ke arahnya termasuk suaminya.
Tengku Aqilah terus mengangkat tangannya.
“You all, pleaselah, saya tak terlibat dengan apa jua idea mereka ni. Saya tak tahu nyanyilah, saya tak practise pun dengan mereka okey? Jadi dengan besar hati saya meminta Cik Farhana yang memang terkenal degan kemerduan suaranya itu untuk menyanyi, silakan Cik Farhana…”
Tengku Aqilah terus menepuk tangannya. Yan glain ikut bertepuk sama. Farhana yang berdiri sudah merenung Tengku Aqilah.
“Qila please, please… kau biasa sangat nyanyi lagu ni. Kau tak perlu practise pun, yang kena practice Si Din aje hari tu, please…”
Kesian pula Tengku Aqilah melihat wajah penuh pengharapan dari kawan baiknya itu. Tengku Aqilah mengeluh perlahan.
“Nyantilah Qila. Abang Man tahu Qila boleh nyanyi. Dulu kat sekolah kan Qila selalu buat persembahan. I’m your senior okey. Nyanyilah rindu nak dengar suara merdu Qila,” pujuk Wilman lembut.
Tengku Ryan Ameer sudah memberikan renungan tajam pada Wilman. Panas betul hatinya dengan lelaki ini.
“Tak apalah, kalau kau tak nak nyanyi itu sahaja dari kumpulan kami,” ucap Farhana dengan nada rajuk.
Azrul Botak dah Din Rider turut berwajah hampa. Tengku Aqilah menarik nafasnya dalam-dalam.
“Okey… okey… Aku nyanyi, lagu apa? Kalau hujan ribut kat sini jangan salahkan aku.”
Suasana kembali ceria. Tengku Ryan Ameer turut tersenyum melihatnya. Tengku Aqilah terus melabuhkan punggung di sebelah Din Rider, keningnya dikerutkan.
“Biar betul nak nyanyi lagu ni, feelingnya, ‘Kesilapanku Keegoannmu’ ini lagu Datuk Nurhaliza. Bantai ajelah Din,” bebel Tengku Aqilah.
Farhana sudah duduk di sebelahnya begitu juga Azrul Botak turut berada di sebelah kekasihnya itu.
Din Rider sudah menunjukkan bakatnya. Indah sunggu bunyi petikan gitarnya itu. Rupanya berbakat juga Si Din Rider ini ya. Tengku Aqilah sempat lagi tersenyum mengenangkan lagu ini pernah dinyantikan semasa hari terakhir di sekolah menengah dulu dan seingat Tengku Aqilah, Farhana hadir waktu itu. Pasti ini sebabnya dia memilih lagu itu untuk dinyanyikan semula olehnya.
Di pertengahan petikan gitar itu, Tengku Aqilah mula menyanyi. Semua bertepuk tangan. Benar seperti apa yang dikatakan oleh Wilman, Tengku Aqilah memang memiliki suara yang begitu merdu. Terpegun semua mendengarnya. Tengku Ryan Ameer tidak berkelip memandang isterinya itu. Tengku Aqilah yang sedang mengalunkan lagu itu sesekali merenung kea rah suaminya. Entah mengapa bait-bait lagu itu begitu menusuk ke dalam hati mereka berdua.
Besar kesilapanku besarlagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoaanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku
Menagih sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada

Waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang lalu kubiarkan
Ia menambahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia pdamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang
Memisahkan kita

Di kala sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta padamu

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlukan lagi di sisi

Selesai menyanyikan lagu itu, tempat itu menjadi gamat dengan terpukan. Tengku Aqilah tidak menunggu lama dia terus bangun meninggalkan tempat itu dengan air mata yang mula menitis tanpa hentinya.
Tengku Ryan Ameer menarik nafasnya dalam-dalam. Matanya sudah berkaca. Dia cuba mengawal riak wajahnya sehabis daya agar tidak terlihat di depan pekerja-pekerjanya. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh isterinya itu begitu menyentuh ke dalam dasar hatinya.
Farhana dan Azrul Botak sudah berpandangan sesama mereka.



Episode 27



admya:
sorry
minggu ni busy sikit,tak sempat nak update.

follow admya di facebook

Comments