join admya di FB

Filem Hantu Kak Limah





Hantu Kak Limah  arahan Mamat Khalid terbitan Astro Shaw akan kembali dengan lebih gamat dan kecoh. Ternyata seperti admya jangkakan, filem ini pecah panggung dengan kutipan lebih 33 juta.


Sebab apa Hantu Kak Limah mesti tonton?
  1.  Pengarahnya masih Mamat Khalid
  2.  Filem pasti  bikin pecah perut
  3.  Pelakon asal Hantu Kak Limah masih dikekalkan Opcoz kak limah ada.. Al Fatihah untuk Pak Jabit
  4.  Watak baru dalam Filem Hantu yang dinanti- En Solihin( Zul Ariffin)

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.
Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.

Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.
Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.
Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Ayah bunian (Mustaffa Din) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin, Wani, Khuda dan Yeh.












En Solihin bersilat

En  Solihin panggil puteri bunian ghupernya.



admya:
Al fatihah buat Rab Khalid- Yeh Sekupang dan 3orang lagi pelakon Hantu Kak Limah.







Comments