Monday, July 24, 2017

Slot Akasia: Titian Cinta








Mulai 11 September 2017.

" Ku tetap meniti titian cinta ini,biar hati pernah disapa duka,walau jiwa kadang terduga hiba
mendambakan bahagia di penghujung derita."

download drama

Jumlah episode: 28
Pengarah: Heykal Hanifah
Drama dibintangi oleh Farah Nabilah, Zul Ariffin dan Daler Yusuf

Sinopsis:

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.


“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris



“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy



“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris



Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.



“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy



Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.



Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi. Sikap cemburunya muncul kembali. Sofea juga masih nekad memisahkan mereka kerana dendam lama.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

OST (Lagu dalam drama)

Para pelakon:


  • Zul Ariffin- Haris
  • Farah Nabilah - Aish
  • Tisha - Sofea
  • Daler Yusuf- Ryan
  • Dotti - Keena
  • Shah Jazle-
  • Dian P. Ramlee- Nenek
  • Arash Mohamad - Papa
  • Marisa Yasmin- Mama










3 comments:

  1. Admin pls upload this drama. I can't watch TV3 at my place. Thank you very much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lihat pada entry download drama titian cinta
      http://admya.blogspot.my/2017/09/download-drama-titian-cinta.html

      Delete
  2. Dekat tonton pun ada . Drama full

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq