join admya di FB

Bercuti Ke Langkawi 2(Tempat Menarik di Langkawi)




Assalamualaikum, admya kembali bercuti ke Pulau Langkawi-Pulau Lagenda. Post ini adalah untuk panduan pembaca yang ingin ke Pulau Langkawi.

Admya pernah post Bercuti ke Langkawi sebelum ini. 

Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda.


Percutian kali adalah percutian express.. Saje nak jalan-jalan dengan geng ofis.

Perjalanan kali ini admya memilih menaiki Feri.
  • Harga tiket dari Kuala Perlis RM36/ Kanak-kanak RM26 pergi balik, Dari Kuala Kedah RM46/ RM34 untuk kanak-kanak pergi balik.
  • Perjalanan dari Kuala Perlis cuma 55 minit berbanding dari Kuala Kedah selama 2 jam.(Yang cepat mabuk kapal tu eloklah naik dari Kuala Perlis)
  • TIPS: elok beli tiket online especially peak season. Kalau tak jenuh beratur.


Masa yang sesuai datang Langkawi
  • Elakkan datang Disember- Februari(musim hujan). Biasanya time ini tak best sangat nak island hopping. Aktiviti laut tergendala.
  •  TIPS: Bagi geng bujang, takde anak-anak sekolah/pasangan yang nak honeymoon elakkan datang time cuti sekolah, LIMA, atau cuti umum. Sebabnya harga hotel dan kereta sewa mahal dari low season.

Kereta Sewa:
  •  Boleh booking di talian 017 4151978( Lily) atau direct booking bila sampai di Jetty Kuah.
  • Kereta sewa lebih murah pada low season.
  • Minyak kereta tak payah isi banyak-banyak sekali isi. kalau tak berkelip tu ok lag.Habis, isi lagi. langkah penjimatan. nanti untung owner kereta sewa je.
Penginapan.
  •  Banyak pilihan - nak stay hotel, motel, homestay, chalet semua ada. Terpulang pada bajet.  
  • Kami memilih : Motel Seri Mutiara rm70/1 malam/ 4 orang. Jadilah nak stay semalam je. 
  • Penginapan bergantung kepada anda -nak dekat pantai pilihlah Hotel, homestay di Pantai Chenang, Nak dekat bandar, pilih di Pekan Kuah. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Tarikan di Langkawi.

 Pada percutian lepas, admya dapat naik Cable Car. Tapi tidak kali ini. Dorang sedang Maintainance plak. huhu.Tapi admya dapat melawat tempat yang tak dapat pergi dulu. 

1. Oriental Village


2. Cabel Car/ Sky Cab

3. Sky Dome
 10 minit movie.

4. Sky Rex
 menaiki train sambil dibawa ke alam dinosour 4d movie
5.  6D cinema
10 minit 5D movie. Memang best. Pastikan anda booking masa tayangan dulu sebelum pergi ke tempat lain.

6. 3D Art.- Admya paling suka yang ini. 





Banyak gambar  kami ambil kat sini. Ini baru 2 je.


Ada tayangan istimewa lagi.

Harga untuk sky rex, 3d art, skydome, 6d cinema hanya RM25 sahaja untuk dewasa. Kena tunjuk IC untuk beli tiket.

7. Kilim GeoPark
8. Mangroove Hopping
Pakej Paya bakau
  •  Melawat Gua kelawar
  • Fish Farm
  • Eagle Feeding
  • Mangrove Sightseeing

Jalan-jalan di Paya Bakau. 
 1Boat dalam rm150.
Lagi lama, banyak tempat mahal harganya.
Kilim-
rm200 per boat




Tengok Helang Merah makan. Korang nampak tak helang? hehe

Fish Farm


Tempat Makan Best di Langkawi



  •  Laksa Power Langkawi - bukan sahaja sahaja laksa, macam-macam menu pun ada. Laksa+ Cendol...petang-petang perg...marvelous
  • Sebelah Laksa Power, ada Laksa Ikan  Seqor. Boleh la cuba dua-dua
  • Lokasi- dekat dengan Airport.


  •  Untuk makan tengahari- Kak Yan Nasi Campur(Lokasi di Ulu Melaka)
  • Restoran Seashell- dekat laman padi
  • Nasi Dagang Pak Malau- lokasi  Makam Mahsuri Kampung Mawar
  • Ikan Bakar- Jom Ikan Bakar di Padang Mat Sirat, Restoran Nelayan Bukit Malut
  • Medan Selera HIG- Haji Ismail Group- depan HIG Mall tu pun best gak. 



Tempat Shopping:
  •  Haji Ismail Group- Makin maju, siap ada hotel sendiri. 
  • Nak beli coklat dan beg elok kat sini. Murah 



  • Beras Terbakar - Bukan sahaja boleh melawat tempat sejarah tapi boleh shopping.
  • Nak beli kain batik, pelikat, tshirt, baju murah kat sini
  •  Minyak gamat pun better beli di sini. Murah dari Tempat Gamat. seriously. Banyak beza.


Kalau nak beli herba-herba elok di sini. 

  • Idaman Suri
Kalau akak-akak tak pi sini tak sah kan. Set pinggan mangkuk murah kat sini.
  • Rams- pinggan mangkuk, beg lugagge, minyak wangi.


Peringatan!!! Sila baca, penting ni Tips Kastam:


  • Kain batik tak boleh beli lebih dari  5 helai jika datang sehari semalam. Serius! Sila ikut. Kalau nak beli lebih. Tumpang pada kawan yang tak beli.
  • Kain batik tak boleh beli lebih dari  10  helai jika datang melancong lebih 2 malam ke atas.(Kain batik jawa memang barang terlarang sebab untuk kawal  supaya kain batik Malaysia tidak terancam- yelah kalau batik jawa dah murah,siapa nak beli batik Malaysia). Kalau nak juga perlu ada surat keizinan dari Kastam
  • Kain pelikat takde had.
  • 1 set sahaja pinggan mangkuk dibenarkan jika datang sehari semalam.
  • Rokok -6 karton jika melancong lebih 2 malam
  • Coklat -takde had
  • Gamat-takde had
  • Simpan tiket ferri waktu pergi sebab kastam nak tahu berapa lama anda tinggal di Langkawi.
  • Apa jadi jika anda membeli melebihi dari yang ditetapkan?? Anda akan dikenakan cukai. Ia terjadi pada kami memandangkan kami datang 2 hari 1malam. Kami perlu membayar cukai.
  • Kalau kastam kata kena bayar cukai- bayar je. Tak mahal pun. Kalau datang by group/ family bahagi2 sorang kena berapa je. 
  • Kalau banyak soal dengan kastam-lagi haru. Kastam akan strict dan check beg anda satu persatu. Habis satu group kena tahan dan cukai yang dikenakan lebih tinggi sebab bila kena check detail,banyak lah jumpa belian melebihi limit yang dibenarkan. Ini pernah terjadi.(Kami ambik pengajaran dari cerita orang) Jadi eloklah bagi kerjasama dan tak perlulah pentingkan diri. Kerana sorang melawan, habis satu group kena.
 admya :
ini sahaja yang admya nak kongsi, kalau ada pertanyaan malu bertanya rugi.
Jumpa lagi di travelogue akan datang.
Selamat bercuti.

Comments

  1. rindunya nak datang ke langkawi lagi

    ReplyDelete
  2. Baru nak plan pg langkawi..mungkin tahun depan..kalau naik flight lokasi hotel apa yg paling dekat..bg honeymoon..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ...Pulau Langkawi...bila la kami nak sampai sane...


    ReplyDelete
  4. Hi
    Jika melawat ke beras terbakar tu dikenakan bayaran tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. sbb beras terbakar tu dalam kawasan rumah orang

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq