join admya di FB

Sayang Papa saya tak? Minggu Akhir






Berjayakan Raisya memikat Farish?


Tayangan 9 Januari 2017
10pm Isnin-Khamis
Channel: Astro Ria
Terbitan: Suhan movies
Para pelakon: Hishamhamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Izara Aishah, Wan Sharmila
Sinopsis:


Farish mengahwini Raisya(penjaga anaknya) atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang setelah kematian isterinya Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga. 

Raisya memberi impak pada dirinya. Dia mula sesuaikan diri dengan isteri mata duitannya. Mana taknya, salah sikit je Raisya "claim" duit ganti rugiItu belum lagi hadiah pemberiannya juga dijual semata-mata nakkan duit.
Farish tak faham mengapa Raisha gilakan sangat duit hingga dia sendiri membeli balik hadiah yang dijual Raisha. Dari situ dia mula menyiasat tentang sebab kegilaaan duit Raisya. Rupa-rupanya duit itu digunakan untuk membantu rumah anak yatim milik ibunya dan Yus.

Raisya pula,mulanya tidak kisah akan Farish, dan kejengkelan Azyan kawan baik Farish yang memikat suaminya. Namun, kehadiran Aleya bakal tunang Fakhrul adik kembar Farish yang meninggal dunia bersama Kasih dalam kemalangan menimbulkan rasa cemburu di hati Raisya. Dia berusaha memikat suaminya dalam diam.






ep14



Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq