Aliff Satar dan Siti Nordiana bakal bergabung kembali dalam drama adaptasi novel Klik! Pengantin Musim Salju. Tiap Isnin-Khamis di Astro Ria
Sinopsis:
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin walaupun namanya sangat feminin Kaseh Lateefa untuk berlakon sebagai pasangannya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir. Kay seorang jurugambar dan mempunyai studio sendiri yang dinamakan Klik. Kay juga tidak mahu disatukan oleh Uminya dengan Izham( mamat sewel yang menyakitkan hatinya)itu setuju dengan cadangan Adam. Lalu, mereka ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra disebabkan Nenek Adam rasa selesa dengan Kay melalui perbualan telefon dan mahu berjumpa dengan Kay.Ini membuatkan Adam menjadi pening.
Musim dingin dan salju tebal di jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. dalam mengharungi hari-hari sebagai pengantin olok2, mereka terjebak dalam gelora cinta yang akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin. Cinta mereka diuji dengan kehadiran sepupu Adam Putra iaitu Hud Mikael yang pernah sukakan Kay dan kembalinya bekas tunang Adam Karlisha. Sifat cemburu Adam,membuatkan keadaan bertambah sukar. Adam menghilangkan diri tanpa berita.Dengan pertolongan Zubir, Adam kembali kepada Kaseh. Adam mengakui kesilapannya meninggalkan kasih.
kaseh dengan ibu mertua
Kaseh dan Adam
Watak dalam drama:
Nenek
Hud Mikail
Our Hero -Adam Putra
Tapi tajuk dan sinopsis hampir sama novel inggeris, The Winter Bride karya Anne Gracie. Memang satu kebetulan ke???
ReplyDeletekan.lebih kurang je
Deleterasa-rasanya bilalah cerita ni start ya. tak sabar nya tunggu citer ni
ReplyDeleteooo mai gadd..tak sabar..dengar cerita awal 2018? jangan lah lama benar ..
ReplyDeleterasanya nana tak sesuai lah dengan watak kay..nana tu terlalu lembut... sedangkan kay brutal...
ReplyDeleteKalau Elvina Mohamad and saharup ridzwan lagi best!! Sekadar cadangan :)
ReplyDelete*saharul ridzwan
DeleteBest kalau elvina muhammad & saharul ridzwan
ReplyDeletedah start shooting
ReplyDeleteSangat suka bila nana brganding dgn alif satar!!! But why macam xsesuai je nana jadi brutal2 camtu��
ReplyDelete