join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 18




 ep 18
 Mesej diterima menyedihkan hati Arin, Tidak disangka Mukhriz masih berjumpa Adawiyah tanpa pengetahuannya. Sakit hatinya! Dia meminta Nisa menjemputnya di rumah. Mukhriz terserempak dengan Zakuan. Tak habis-habis Zakuan cuba menyakitkan hati Mukhriz.

Awina menerima berita gembira berkaitan kesnya di penjara. Kebarangkalian dia dibebaskan menunjukkan tanda positif. Awina mula bertanya tentang Mukhriz yang sudah lama tidak melawatnya. Kelibat Arin tidak kelihatan di rumah.Arin berasa sedih dan marah, dia membenci Adawiyah kerana mahu merampas suaminya. Mukhriz tahu Arin mesti bersama Nisa. Nisa cuba memujuk Arin untuk memaafkan Mukhriz, dan minta Arin untuk tidak percayakan Zakuan.  Pak Uda menasihatkan Zakuan anaknya untuk lupakan Ariana. Mukhriz cuba memujuk Arin untuk pulang, namun Arin enggan. Akhirnya, Arin dipaksa pulang bersama Mukhriz. 

Berlaku pertengkaran antara Arin dan Mukhriz. Mukhriz cuba menerangkan situasi sebenar. Dia memohon maaf kerana tidak menceritakan hal sebenar. Dalam kemarahan Arin,ada rindu. Dia pura-pura tidak pedulikan Mukhriz, namun dalam hatinya mahu suaminya memujuk. 




 Perjumpaan Arin dengan Abang Zakuan menyedarkan Arin -yang dia telah berdosa pada suaminya. Dia terlalu percayakan pada Zakuan berbanding suaminya sendiri. Arin menelefon Mukhriz untuk memohonmaaf dari Mukhriz.
Mereka saling memaafkan. Kepulangan Mukhriz dinanti Arin. Mukhriz tiba dengan sejambak bunga. Arin gembira hubungannya dengan Mukhriz pulih semula. Mereka berjanji selepas ini tiada rahsia antara mereka.



Zakuan masih menganggu Arin. Kali ini panggilan telefon Zakuan dijawab Mukhriz. Zakuan berlalu pergi bila melihat Mukhriz yang memegang telefon Arin. Mukhriz mengejar dan memberi kata dua kepada Zakuan supaya tidak menganggu Arin lagi. Namun, Zakuan seolah tidak gentar dengan amaran Mukhriz.  Di rumah, Mukhriz mengenangkan pertemuannya dengan Zakuan, sambil merenung Arin yang lena.  Baginya Arin adalah anugerah yang paling berharga bagi dirinya.Mukhriz membaca sekeping kad bertulis tangan dari Arin.

Suatu malam, Arin berehat di beranda rumah Mukhriz. Kawasan yang luas dan menenangkan membuatkan Arin tertarik untuk duduk santai di situ. Suasana itu menjadi lebih best bila Arin boleh berehat sambil memandang langit malam yang terbentang luas.



Mukhriz terkejut bila melihat panggilan untuk dirinya disimpan sebagai Habib. Arin menjelaskan dia sememangnya mahu memanggil Mukhriz sebagai Habib-yang bermaksud kekasih. Mukhriz adalah kekasih dunia dan akhiratnya. Bermula hari ini, Mukhriz menukar panggilan Arin kepada sayang,dan Arin memanggil Mukhriz sebagai Habib. Berbunga hati Ariana bila Mukhriz memanggilnya sayang.


Panggilan dari Shamsul mengejutkan Mukhriz. Dia perlu berjumpa Awina yang telah bebas. Mukhriz menelefon Arin untuk memaklumkan yang dia akan ke penjara. Ariana tertanya-tanya, mengapa suaminya kerap pergi ke penjara? Atas urusan apa? Siapa yang dia jumpa? Mukhriz sukar menjawab soalan itu. Dia mahu tangguhkan dulu persoalan Arin. Kerana dia tahu, bagaimana reaksi Arin jika dia mengetahui tentang Awina.  Dia tidak mahu Arin salah faham lagi.Kes Rabiatul Adawiyah memberi pengajaran yang besar pada Mukhriz.

download ep 18

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq