join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz episode 9


Update download link
Mukhriz cuba menghubungi Ariana untuk menyatakan rasa maafnya. Dia ke hotel, tetapi terlambat, Ariana telah check out

Ariana menahan diri untuk tidak menghubungi Mukhriz, walau rasa rindu yang menggunung. Padahal, Mukhriz juga sedang menunggu mesej darinya.  Ariana pulang ke rumah Along. Namun dia hanya dapat memandang ke arah pejabat Mukhriz. Mukhriz juga menanti untuk melihat kelibat Ariana. Zakuan pulang untuk bertanyakan lamaranya pada Ariana. Ariana tetap menolak.
Suatu hari, Ariana mendapat undangan makan malam dari Sakinah dan suami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana merawatnya tempoh hari. Namun, dia dipertemukan dengan Mukhriz yang kebetulan ke sana atas urusan kerja. Tepat jam 12 malam, mesej ucapan harijadi dari Mukhriz masuk ke kantung handphonenya. Keesokannya, satu lagi kejutan buat Ariana bila mendapat hadiah dalam kotak kecil berwarna merah jambu (warna kesukaan Ariana) yang mengandungi gelang tangan berbatu arked merah hati dari Mukhriz. Pemberian kedua Mukhriz selepas kad merah jambu tempoh hari.




“Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Dr Ariana dunia dan akhirat – Mukhriz”

Ariana kembali gila bayang dan sikap terujanya untuk Mukhriz panas semula. Suatu hari, Mukhriz mendapat kiriman bekalan dari Ariana. Tapi yang menghairankan, gadis itu tidak muncul sendiri sebaliknya hanya titipkan pada anggotanya.

“Saya cuma nak satu jawapan, sudikah ustaz terima saya sebagai isteri”
“Istiqarah sudah, berdoa di depan kaabahpun sudah. Petunjuk apa lagi yang anta perlukan?”, soal Fauzan buatkan Mukhriz termenung panjang.
Tiba-tiba, masuk satu lagi mesej dari Ariana, minta mereka bertemuan. Namun, belumpun sempat Mukhriz menjawab, dia terima panggilan dari Penjara Taiping memintanya hadir kerana Awina sakit. Mukhriz segera ke Penjara Taiping tanpa pengetahuan Ariana. Dia juga terlupa untuk balas mesej Ariana. Ariana runsing tunggu balasan Mukhriz, akhirnya ambil keputusan untuk tunggu kepulangan Mukhriz di ruang legar tak jauh dari kuarters bujang Mukhriz.
“Allah pinta kita sabar untuk dapat apa yang kita mahukan. Sudah saya katakan, saya masih belum boleh beri jawapan. Boleh tak jangan memaksa saya”, ujar Mukhriz yang kelihatan agak berang bercampur keletihan bercampur keinginan Ariana yang nampaknya terdesak. Ariana sedih. Malam itu, dia menangis sendirian. Dia semakin kurang faham dengan sikap Mukhriz yang kadangkala nampak seperti mahukannya, tapi kadangkala nampak seperti tak de perasaan.
“Assalamualaikum Ustaz. Izinkah saya bertanya, berdosakah seorang wanita melamar seorang lelaki jika dia benar-benar ikhlas nak menjadi isteri kepada lelaki tersebut?”

Comments

  1. Sukalah baca. Pas tgk, baca yg ni.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...saya mintak izin download ye..suka sangat drama ni...gambar yg me_fara upload pun cantik...terima kasih bg kemudahan org yang jarang dapat tengok full story SKM download citer ni...May Allah bless you ^^,

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq