join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 8




Update download link 

Saya tahu saya tak layak untuk Ustaz, tapis sy ada hati dan perasan. Berhari-hari Ustaz hilang, saya sanggup cari Ustaz. Tapi kalau ustaz tak suka saya, saya tak akan ganggu Ustaz lagi. Selamat tinggal- Ariana Dahlia

Anisa yang panik melihat keadaan Arin cuba menelefon Along dan Kak Marlia namun mereka tidak dapat dihubungi. Nak tak nak Anisa cuba menghubungi Ustaz Mukhriz. Ustaz  yang mamai terus bangun bila Anisa memberitahu yang Ariana akan dibedah.  Ariana dihantar ke Hospital, Ariana terkejut bila melihat kedatangan Ustaz.  Dia terus menjeling kepada Anisa. Anisa meminta maaf sebab dia tiada pilihan sebab Along tak dapat dihubungi,
Ustaz juga telah menghubungi Along, namun dia masih dalam operasi. Ariana memahami keadaan tu. Along operasi, Kak Marlia pula balik Kelantan.
 Namun hatinya berbunga gembira melihat kedatangan Ustaz. Tapi keadaannya tak membenarkan dia terlebih suka. Anisa meminta diri untuk membeli sarapan. Hakikatnya dia sedang memberi masa kepada dua orang itu untuk bercakap. Anisa meminta Ustaz mendoakannya. 
Sepanjang pembedahan Ariana, Anisa seakan dapat melihat Ustaz sangat ambil berat pada Ariana. Masakan tidak, pagi-pagi lagi dah muncul di hospital,entah pukul berapa dia gerak dari Lumut. Pastu siap baca yassin sepanjang  Ariana di dewan bedah. 
Selepas Pembedahan, Ariana masih terkejut melihat Ustaz masih ada di hospital. Tak sangka dia ustaz menunggu selama itu. Ustaz kemudian memohon minta diri.  Ariana mengucapkan terima kasih pada Ustaz sebab sudi menemankannya. Ustaz membalas dia hanya membantu sebab Izudin tiada. Dalam hati Ariana- cakaplah  kau rindu aku.
 Mukhriz keliru dengan perasaannya. 

Dia menyoal dirinya sendiri tentang perasaanya.Ariana gembira apabila menerima mesej dari Mukhriz. Ariana kena marah dengan Along sebab tidak beritahu mama. Jenuh Along kena bebel dengan Mama yang risau pasal Ariana.
Ariana sedih bila Along maklum yang Ustaz tak dapat hadir untuk makan malam. Hatinya tertanya sebab Ustaz mengambil cuti panjang. Along cuba mengetahui sebab Ariana menyukai Ustaz. 
Ariana menyatakan dia memang dah mula suka Ustaz sejak kali pertama berjumpa.
Hairan sungguh Along pada adiknya yang sungguh-sungguh memikat Ustaz sedangkan Ustaz langsung tidak memberi jawapan.
Umi bertanyakan pada Mukhriz tentang Husna.  Mukhriz menjawab Husna bukan jodohnya. Sukar untuk umi memahami anak bujangnya yang sorang ni
 Mukhriz berfikir tentang hubungannya dengan Ariana. Wujudkah perasaaan itu, Namun, dia belum bersedia untuk menjadi suami.
Ariana mulai rindu pada Mukhriz lalu dia mengajak Anisa untuk bercuti di Kuala Selangor. Ketika di sana, Ariana terlanggar seorang gadis. Tanpa dia sangka itu adalah adik Ustaz. Dapat juga dia berjumpa dengan Mukhriz. Mirza hairan abangnya mengenali perempuan ini,Siap kenal tentang kakaknya lagi. Lalu diajak makan bersama walaupun dihalang Mukhriz.
Kehadiran Khadija menimbulkan rasa cemburu pada Ariana. Siapa perempuan tu? Apa hubungan mereka?  Ariana jadi marah
Mukhriz yang sedar akan hal itu, cuba meminta maaf pada Ariana.
Ariana sedih yang harapannya tinggal harapan dan memberi  ucapan selamat tinggal kepada Ustaz


Comments