Ariana menerima panggilan dari kak Marlia, yang Along akan bertukar ke Sabah. Sedih hati Ariana bila memikirkan yang dia takkan dapat berjumpa dengan Ustaz lagi. Mukhriz masih memikirkan tentang permintaan Umi. Adiknya Mirza memberi sms yang Umi mahukan jawapan. Ustazah Razilah menasihatkan agar Mukhriz untuk menerima Ariana. Mukhriz menafikan dia menyukai Ariana.
Sejambak ros kuning diterima Mukhriz dari Ariana. Siap ada kes terselit Kad itu tertulis
"Untuk lelaki yang berjaya membuka hati Ariana Dahlia"
Nama Dahlia seperti pernah dia dengar. Petang itu, Ariana datang lagi berjumpa dengannya memberikan kuih. Ariana cuba memancing hati Ustaz.
Kalau saya jadi bunga, ustaz jadi apa ye?soal Ariana
Spontan Mukhriz menjawab, Saya berhenti army, buka kedai bunga, Mesti laku bunga Ariana.
Terkelu Ariana mendengar jawapan Ustaz,
Ariana dah tak dapat menahan perasaannya lagi. Kalau ikutkan perangai ‘kayu’ Mukhriz, memang selama-lamanya dia tak kan dapat lelaki itu. Sebab Mukhriz kadang-kadang nampak buat tak peduli langsung.
Semasa di rumah orang tuanya, Ariana beranikan diri call Mukhriz jam 3 pagi, untuk meluahkan isi hatinya. “Saya suka ustaz dan nak jadi isteri ustaz”. Terkedu Mukhriz. Kata-kata Ariana terus bermain di mindanya. Sudah lama Mukhriz tidak ukir perkataan cinta di hati kerana memang tidak pernah bercintapun. Dia teringat kenangan semasa di UIA yang mana dia pernah sukakan Rabiatul Adawiyah. Tetapi perasaan tu tak sempat diungkap, bila gadis itu tiba-tiba menghilang. Mukhriz tidak membenci, sekadar berharap dia akan ketemu gadis itu lagi untuk bertanyakan sebab kehilangannya. Sementara itu, Ariana lega sebab dapat ungkap perasaannya secara terus pada Mukhriz. Jauh di sudut hatinya dia mengharapkan agar Mukhriz memahami perasaannya. Sehingga menitiskan air mata dia menyimpan rasa sebegitu.
Malangnya, perbualan telefonnya didengari adiknya Amrina, yang pura-pura tidur. Sementara itu Ariana jadi runsing bila mamanya membuka persoalan tentang Zakuan. Nampak sangat mamanya teringin sangat nak bermenantukan Zakuan. Tapi Ariana tetap tegas menolak. “Arin anggap abang tu macam along. Lagipun, tak berkembanglah kawin sedara”, katanya memberi alasan. Tapi, dia langsung tak cerita tentang Mukhriz pada mamanya.
Tak lama selepas itu, Ariana mempelawa Anisa pulang ke rumah Izzudin untuk bercuti. Tapi, Anisa sebenarnya berharap boleh terjumpa Mukhriz sebab nak tengok apa yang ada pada lelaki itu hingga Ariana jadi angau gila dan sering kesedihan kerananya. Tapi dia bengang bila Ariana menghilang sendirian bila pergi jumpa Mukhriz. “Buat apa bawak kau. Silap-silap, kau pulak jatuh cinta kat dia”, ungkap Ariana selamba bila Anisa menegurnya. Tapi Anisa sikitpun tak ambik hati sebab dia kenal hati budi Ariana luar dalam. Petang itu pula Ariana bawak Anisa pusing-pusing kem sebagai membalas semula janjinya. Sehinga ke kawasan Pejabat Mukhriz mereka meronda. Namun malangnya Mukhriz tidak ada kerana ada jemputan ceramah. Mereka lalu di kawasan ‘keras’ yang dilarang ramai orang untuk mereka dekati. Tapi bila dah berdua, datang degilnya pula. Kat situ jugaklah mereka nak ber’selfie’.
Malamnya, perkara tak diduga terjadi. Tiba-tiba, Ariana kena sampuk hingga terjerit terlolong, buatkan seisi rumah panik..
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq