join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 11


update download link Tempoh pertunangan yang dilalui Ariana.tidak seperti pasangan lain. Ariana harus menerima hakikat yang Mukhriz tidak mencintai dia. Jarang sekali Mukhriz menghantar sms, apatah lagi telefon. Kalau tidak dia menghantar mesej, jangan harap si tunang nak menghantar mesej dulu.Dia tahu dia tak boleh ubah Mukhriz seperti yang dia harapkan.Mukhriz bukan Zakuan, bukan Dr Faizal.

Cincin pemberian Zakuan merumitkan keadaan, Ariana minta Mak Uda dan Pak Uda merahsiakan dulu dari pengetahuan Zakuan. Ariana akan beritahu Zakuan apabila majlis nikahnya selesai.
Kalau ada yang bertanya," tak malukah Ariana terhegeh-hegeh dapatkan cinta lelaki"?Tak malukah seorang doktor terpelajar lakukan perkara yang tak masuk akal. Berjuang untuk cinta lelaki?
Jawapannya " memang malu"!. Memang betul kata Amrina dia bagaikan perigi cari timba. Tapi sebelah hatinya berkata, Tak perlu malu untuk mencari jodoh yang terbaik untuk kita. Pedulikan persepsi orang. Untuk pertama kali mereka berdating, itu pun dengan ditemani Mirza dan Amrina.
Amrina bosan, " Skemanya abang Riz tu. Akak yang menggatal lebih, komen Amrina. Sebenarnya jauh di sudut hati, Ariana juga bimbang. Mengadu pada  Anisa, kena balik -Dah jodoh ini yang kau kejar. Ariana pegang nasihat Anisa yang ini ketentuan Allah.

Sekali lagi jemputan Sakinah diterima. Kali ini sebagai tunangan Mukhriz. Makan-makan di rumah bakal mertua.

Sekali lagi Mukhriz memberi hadiah kepadanya.  Minggu lepas Mukhriz ke Dubai. Atas urusan kerajaan. Urusan apa? Malas Ariana nak bertanya,Mukhriz pun tak beritahu.
Beg kertas merah jambu diterima. Sehelai baju jubah berwarna pink diterima.
terima kasih Ustaz.Saya suka - mesej dihantar kepada Mukhriz

 Sejambak bunga dan senaskah Al-Quran di terima. Sebuah kad merah jambu terselit.

 Buat Assyikun.
Cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih menjadi riang
terima kasih kerana menyintai saya.

Senyum Ariana. Ariana google mencari maksud Asyyikun. Maknanya kekasih.



Status mereka bakal berubah. Dari bujang kepada berkahwin. Wajahnya tenang tapi tidak setenang hati.Walaupun dia Ustaz, gementar juga apabila nak berjabat dengan tuan kadi.
Sekali lafaz, Ariana sah milik Mukhriz.
Tahniah! Arin, ucap Along, Hatinya sebak melihat adiknya kini bergelar isteri orang. Dia tahu Mukhriz mampu membahagiakan adiknya.

Tahniah, ucap Mukhriz apabila mereka berdua ditinggalkan di bilik pengantin.
Pelik pulak Ariana, Pengantin ucap tahniah!
"Tahniah untuk apa?
" Tahniah sebab bernikah hari ini,!
Awak juga.Jadi pengantin hari ini.

Tetiba Mukhriz melihat gambarnya di meja solek Ariana. setahu dia, dia tak pernah ber
 gambar tu pada sesiapa apatah lagi Ariana.
Sorry, saya curi gambara awak di facebook Mirza,Kalau saya minta, belum tentu dapat kan,jawab Ariana.

Tak baik ambil tanpa kebenaran. Tak pernah minta mana tahu saya bagi? Ini mencuri namanya.
Mukhriz pencuri juga.
Saya curi apa? Pelik Mukhriz
Curi hati saya?

Namun, Ariana terkejut bila Mukhriz tiba-tiba menjadi romantis.


download ep 11

Comments