join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz Ep 7




Ariana tetiba dirasuk sesuatu. Marlia dan Anissa yang panik menelefon Izzudin. Ustaz Mukhriz dipanggil untuk membantu.  Mukhriz tidak biasa membantu dalam kes macam ni.Mujur Ustaz Fauzan mahir dalam mengubati. Dia pernah belajar di Darul shifa dahulu.
 Izzudin mengucapkan terima kasih pada Mukhriz dan Fauzan. Geram dia dengan perangai Ariana yang degil. Selepas Mukhriz pulang, Ariana menghantar sms kepada Ustaz untuk mengucapkan terima kasih.  Pertanyaan  Ariana tentang dia akan pergi ke satu tempat- Jauh ke dalam hati Ustaz, dijawab dengan sindiran oleh Mukhriz -Ingatkan nak pergi Mekah. Malu Ariana dengan jawapan Ustaz.
 Pagi-pagi lagi Ariana dah keluar berjogging dengan harapan berjumpa dengan Ustaz Mukhriz. Di Pejabat Mukhriz berjumpa dengan Husna yang hadir untuk memberitahu Mukhriz yang dia mahu dia menolak sekiranya keluarganya datang meminang. Ariana yang curiga berjumpa dengan Ustaz untuk kepastian. Jawapan Ustaz tentang Husna adalah pilihan keluarga untuknya, menyedihkan Ariana.  Dia kecewa.  Mukhriz bertembung dengan Fauzan, Fauzan memberitahunya yang Ariana kelihatan sedih. Mukhriz  cuba menghantar sms untuk memberitahu perkara sebenar,yang Ariana telah salah sangka. Gembira hati Ariana. Terus pagi tu dia bawakan makanan untuk ustaz.
 Izzudin mencari adiknya di pejabat yang khabarnya dia berjumpa dengan Mukhriz.  Ariana dihalau abangnya. 

Hospital
Ariana merawat pesakit bernama sakinah al-attas, Nama al-attas mengingatkannya pada seseorang- Ustaz Mukhriz.Memang betul tekaannya.
Luahan hati Ariana yang mahukan jawapan darinya membuatkan Mukhriz serba salah. Dia  menolak dengan cara baik. Salahkah keputusan dia itu? Dia sendiri tidak pasti dengan pilihannya. Penolakan Mukhriz mengingatkan Ariana tentang Mukhriz 8 tahun lalu. Tidak ingatkah Mukhriz pada dia? Dahlia yang duu? Ketika mereka bertemu dalam keretapi Sinaran Utara?
Ariana cuba membuat Mukhriz cemburu. Namun sms dari ustaz mengubat hatinya yang sedih. 
Ariana dan Anisa bercuti ke Perlis. Suatu malam, Ariana diserang sakit perut.


Download ep 7

Comments

  1. Hai... Akhirnya dpt juga tahu apa jadi kat ariana(ep6). Updat lagi ye.. :-) ;-) B-)

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq