join admya di FB

Review: Cliche drama melayu!


Assalammualaikum,

Drama sememangnya memberi impak yang berkesan dalam penyampaian mesej dan cerita.  Admya sendiri peminat drama. Namun, kebanyakan drama hanya menunjukkan kisah yang tipikal, dan dapat dilihat banyak cliche di dalamnya. Dari perspektif bisnes, ia memang menguntungkan. Kalau satu plot menjadi sambutan hangat, pastinya ia akan ditiru untuk kekal berjaya. Tambahan lagi, dengan stesen tv yang mengejar rating, lagi-lagi bila adaptasi novel menjadi popular. Kira cliche novel kita jugalah. Hanya segelintir penerbit dan pengarah akan lari dari tema yang terhangat di pasaran.

 Berikut adalah cliche dalam drama Melayu.

  1. Jatuh cinta pandang pertama.
       Biasanya, hero akan berlanggar dengan heroin,samada dengan kereta ke, terlanggar sesama sendiri dan bergaduh.  Perlanggaran tadi menjadi sebab untuk pertemuan seterusnya kan! Romeo Juliet sangat!
  
  Dia semanis honey- hani terlanggar ahnaf dan mengotorkan baju Ahnaf.
  Mr Boss Miss stalker- Terlanggar kereta.
Teman Lelaki Upahan -  terlanggar kereta.


2.  Hero Perfect
    
   Yang ni pun selalu terjadi, heronya mesti perfect, ada semua pakej - belajar luar negeri, muka handsome, anak Dato', anak jutawan, ada kereta mewah, rumah banglo.
Habis, orang biasa tak boleh jadi hero ke?  belajar dalam Malaysia takde kelas ke?Apa salahnya, sekali sekala buat seperti realiti.  Mamat tu orang susah, muka biasa-biasa je, lulusan universiti tempatan. haha. 
Bukan aku tak cinta- karakter macam Jebat ok pe. 

3.   Muncul si ex girlfriend/boyfriend yang psiko.

 Yang ni paling kerap. Mesti muncul kan! Kekadang sakit jiwa dibuatnya.

4.   Bad boy jadi good boy
 Watak utama lelaki selalu bermula dengan tingkahlaku yang menyampah  sangat. selalunya dorang ada sindrom orang kaya sombong. Pastu berubah disebabkan heroin dari golongan biasa yang sebelum ni yang amat-amat membenci dia. 

5. Kisah cinta mendapat tentangan keluarga.

Hero orang kaya, heroin orang miskin. Bakal mak mertua tak suka, nak nikahkan dengan anak kenalan. Macam-macam mak hero buat nak pisahkan dia.

6.  Kawan berebut kekasih.
   Hero suka dengan heroin, tapi pada masa yang sama, kawan baik hero pun suka. Ada yang mengalah pada hero, ada yang buat jahat.
Begitu juga kalau 2 perempuan suka seorang lelaki.  Cinta tiga segi sangat!

7. Babak tidur dalam kereta.
 Yang ni banyak. Kononnya time nila, hero dapat melihat wajah orang yang dicintai sambil meluahkan perasan. Bila heroin sedar, terus diam,tak tahu nak cakap apa. haha

8. Penampilan watak
Kalau watak jahat lelaki mesti tak handsome, bengis, psiko, kebanyakan masa selekeh.- jambang tak terurus,
Kalau perempuan pulak, gedik, seksi sangat, rambut blonde la,make up tebal.
Kalau watak utama- ayu, kekadang macam kampung sangat-walaupun tinggal bandar,
Watak gosip girl- Kalau kat kampung, mesti pakai baju kebaya. makcik2 

9. Perlu ada orang sakit
 Babak ni penting dalam drama. Mesti ada babak kat hospital. Sama ada kemalangan ke,sakit ke.Masa ni baru hero/heroin sedar yang dia  amat sayangkan pasangannya.

10.  Kerjaya
  Kerjaya untuk watak utama yang paling banyak adalah businessman. Kerja pun asyik keluar masuk ofis je.
Kalau pilot pulak - setakat tunjuk pintu airport, pakai baju pilot,aduhai
Doktor - pun sama, setakat pakai baju kot putih.
Cerita dia, ni je ke kerjaya yang ada? Punyalah banyak kerja yang boleh diceritakan. Nak tunjuk orang kaya pun, masih banyak lagi kerja lain yang boleh dipilih.
Realiti dia, anak orang kaya, tak semestinya jadi business man je.
Kalau pilih sesuatu kerjaya, tunjukkanlah sedikit kerja hero tu macam mana! Setakat pakai baju je, tak feel. Kalau novel tu  punyalah detail dorang cerita tentang kerja si hero dan heroin dia. jimat kos agaknya!
At least study la sikit tentang latar belakang tentang kerjaya tu.

11.  Kenderaan.
Kalau drama adaptasi, jarang nampak dorang guna kenderaan awam. Kata orang susah walaupun sebenarnya sederhana je. Kenderaan awam yang selalu muncul adalah teksi,
takde pun watak yang naik LRT ke Bas ke. Tapi  babak LRT sedang bergerak ada pulak! 

12. Ending untuk watak.
Kebanyakan drama melayu suka ending hukum karma. Buat jahat dibalas jahat. Sama ada mati, atau kena tangkap
Sesekali tunjuk la watak jahat tu insaf dan berbaik dengan hero dan heroin.


admya:
Sepatutnya drama kena tunjuk banyak yang positif daripada negatif secara tidak langsung. 
 ada lagi cliche, tapi tak terlintas masa buat entry ni, kalau korang ada idea lagi, meh tambah kat ruangan komen.


Comments

  1. Setuju...mmg cliche drama melayu.lama-lama tengok dah bosan.kalau nak ambik novel sebagai adaptasi ambillah novel yang jalan ceritanya berbeza.banyak lagi novel dala malaysia ceritanya best.contoh mcm novel tulisan hlovet...ceritanya cukup memberi nasihat dan pengajaran.lain dari yang lain pula tu.selain hlovet ada lagi beberapa penulis berbakat.ada 1 novel saya pernah baca kisah seorang wanita yg sakit cancer dicerai suami.dia berjuang untuk hidup sendirian tanpa suami.yang ada keluarga.anding sedih tapi ceritanya cukup menarik.

    ReplyDelete
  2. tulah. betul jugak tu. tu sebab malas nak layan drama melayu. kalau beli novel pun, tngok jalan cerita jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq