Sebuah kisah yang menyentuh hati. Seorang anak angkat yang tidak mengenang budi.
Terbitan Suhanmovies
Sinopsis:
Hazim adalah anak tunggal kepada ibu bapanya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Hazim adalah seorang anak yang taat pada ibu bapanya hinggalah dia mula berkawan dengan kawan-kawan yang memberi pergaruh negatif padanya. Sejak itu dia mula berubah. Apabila Hazim dewasa, dia mendapat pekerjaan yang baik, disayangi majikan. Dia juga bertunang dengan Nazirah. Suatu hari, dia mendapat panggilan dari bapanya yang ibunya sakit dan mahu dia pulang ke kampung. Namun, Hazim mengendahkan permintaan ibunya. Ayahnya menghubunginya lagi untuk meminta dia pulang berbuka puasa bersama ibunya.Sekali lagi dia tidak mempedulikan permintaan ibu dan bapanya. Hinggalah ibunya sakit tenat dan meninggal dunia. Hazim hanya pulang apabila ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu, ayahnya menceritakan kebenaran yang dia bukan anak kandung mereka. Kenyataan itu memberi tamparan pada Hazim. Dia mula membenci ayahnya dan tidak mahu mengaku orang tua itu adalah ayahnya. Dia menghalau ayahnya bila orang tua itu cuba memujuknya. Hazim juga tidak solat dan berpuasa di bulan ramadhan dan sering ditegur oleh tunangnya dan kawan baiknya Malik. Tidak tahan akan ayahnya yang sering datang berjumpa dengannya, Hazim berpindah rumah. Nazirah juga memutuskan pertunangan mereka, apabila melihat sendiri Hazim menghalau ayahnya dan menyepak orang tua itu.
Hazim mendapat luka di kaki dan setelah 2 minggu ia tidak beransur sembuh, Setelah berjumpa doktor, dia rupanya menhidapi kencing manis. Lukanya bertambah teruk apabila Hazim tidak menjaga diet seperti mana disaran doktor. Hinggalah lukanya semakin teruk, diarahkan bercuti oleh majikannya. Suatu hari ketika Hazim dan Malik singgah di Masjid, Hazim didatangi seorang pakcik yang menasihati dia bertaubat dan memohon ampun pada bapanya. Ketika itu Hazim mula sedar akan kekhilafannya dan bertaubat pada Allah dan memohon maaf pada ayahnya.
Lakonan Aeril Zafril, Wawa Zainal, Namron
mcm best je tp x sempat nak tengok...huhu...
ReplyDeletebest drama ni, penuh pengajaran
Deletesedih cite nih...sedih sangat2..
ReplyDelete