Saya mahu tahun 2016 menjadi
tahun kejayaan yang besar bagi anda. Kita tahu itu bermakna anda perlukan
perancangan dan anda perlu bertindak secara teratur mengikut apa yang telah
dirancang. Sikap terbuka anda untuk mendalami ilmu dan usaha anda untuk mengikut
apa perancangan yang sesuai untuk anda akan menjadikan tahun 2016 tahun
kejayaan seperti yang anda mahukan. Jadi, saya mencabar anda untuk menjadi
lebih komited dan lebih ikhlas dalam tindakan anda untuk mencapai apa yang anda
mahukan.
Berikut adalah 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam
membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu:
1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda
Ada orang yang sangat
terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun
ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun
adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?
Perancangan yang baik
kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor
yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang
sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta
sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.
Jika anda seorang yang
biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam
masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa.
Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang
sesuai dengan diri anda.
2. Luangkan masa untuk membuat perancangan
Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit
setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di
dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa
pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah
demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia
sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan
bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada
matlamat anda.
3. Simpan satu jurnal
Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk
menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat
yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia
terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk
bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.
Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda.
Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda
mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius
untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan
berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.
4. Muhasabah diri
Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula
diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda
telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya
sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci
di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah
diri.
Bila anda telah membaca
semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat
kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan
imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat,
apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti
kepingan hidup anda.
Kemudian, luangkan
beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda
lakukan sepanjang minggu.
5. Tetapkan matlamat
Anda perlu ingat,
perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu
mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari,
yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah
bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini,
anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.
Saya masih ingat ketika
saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja
dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham
kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu
menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan
pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.
6. Bertindak seperti
apa yang dirancang
Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang
gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak
pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu
bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa
yang akan jadi jika anda tidak bertindak?
Kita akan bersemangat
untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila
kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita
akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari
sekarang ianya akan hilang.
Jadi, disiplinkan diri
anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih
panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu
dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.
Yang menariknya, semua
tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang baik satu sama lain.
Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting kerana nilai dan
kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu akan memberi
inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar. Jadi, mulakan
tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan anda perolehi
pasti sangat hebat.
Tetapi kita mesti
ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya manusia biasa,
oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula dan teruskan
bertindak.
Dari:
Dr Azizan Osman
admya: semoga kita menjadi jutawan yang kaya dengan harta dan juga iman.Amin. InsyaAllah
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq