Jumlah Episode: 20
Isnin-Khamis : 6:30 petang
Sinopsis:
Bibah atau nama manjanya Bib seorang gadis yang naif namun bercita-cita besar untuk menjadi kaya.Demi merealisasikan impiannya itu, Bib sanggup menolak pekerjaan yang sedia ada untuk mengejar pekerjaan yang berpendapatan lumayan. Akhirnya dia menganggur.
Suatu hari Bibah mendapat sekeping poskad kononnya Hakim kekasihnya akan melamarnya bila pulang ke Malaysia dari London. Dia sanggup menolak lamaran Lokman yang menyukainya untuk berkahwin dengan Hakim. Tapi sayang, sebenarnya Hakim nak Bibah jadi pengapit kepada pengantin perempuannya yang dikenali di London. Alahai Bibah...
Bibah masih lagi nak mengejar cita-citanya hingga menolak lelaki sebaik Lokman.Ini kerana Lokman bukan hanya baik hati tapi dia juga hanya seorang pemandu lori biasa. Tiada ciri-ciri lelaki ideal bibah langsung kat Lokman.Bibah meminta Mikail memperkenalkan dengan mana-mana lelaki kaya.
Dia berkenalan dengan Joeran. Bibah mahukan kolam renang, rumah banglo serta wang hantaran sebanyak rm50 ribu. Namun, setelah membayar RM25 ribu, Bibah menghilangkan diri. Sangkakan Joeran Bibah membawa lari duitnya,namun duitnya itu terpaksa digunakan untuk merawat ibunya yang sakit tenat. Mampukah cita-cita Bibah jadi kenyataan?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq