join admya di FB

Slot Ratu: Ayuni Safira


"Padamu ku sandarkan Cinta"
Slot: Ratu
Channel: TV9
Waktu Siaran: Jumaat 8.30 malam
Jumlah Episode:  14
Terbitan: Global Station
Arahan: Khairul Amri



Synopsis:
Ayuni(Siti Saleha) dibesarkan dengan perasaan benci oleh ibu kandungnya sendiri Emelda(Maria Farida) disebabkan masa silam ibunya. Emelda pernah menjadi mangsa rogol dan cuba melupakan kejadian itu dengan membenci Ayuni.
Emelda kemudiannya berkahwin dengan lelaki muda Fakhri(Afiq Muiz).Kecantikan Ayuni membuatkan Fakhri tergoda dan cuba merogolnya. Ayuni mengadu pada ibunya, namun Emelda tidak mempercayainya dan menghalau Ayuni.
Ayuni tinggal dengan ibu dan ayah angkatnya. Suati hari, dalam perjalanan ke tempat kerja, Ayuni telah melanggar Zafran(Aqasha).Kebetulan Zafran anda anak majikan tempat Ayuni bekerja.
Satu demi satu kejadian  berlaku terhadap Zafran membuatkan Zafran membenci Ayuni.Hinggakan Zafran menawarkan untuk Ayuni mengahwininya untuk menutup kesalahan yang dibuat Ayuni.

Bagaimana nasib Ayuni yang diperdaya Zafran hanya kerana dendam?


admya: drama ini adalah adaptasi cerpen Hello My slave karya Shuhadatul Ain Zakaria.

Comments