join admya di FB

Slot Azalea: Janji Jaslina




Assalammualaikum,

Slot Azalea kembali dengan drama berjudul Janji Jaslina.
Jumlah episode: 20
Mula Tayangan: 31/3/2014

Lakonan Eira Syazira(Jaslina)
 Norman Hakim(Johan),Almy Nadia(Rahayu) dan Erry Putra(Fiq),Ana Dahlia
(Atira) Dr.Arif(Nizen Ayob),Raja Ema(Datin Nora),Mustapha Kamal

Sinopsis:
Jaslina dan Johan telah berkahwin sejak usia muda. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Sejak Nina disahkan mengidap Asma, Jaslina berhenti kerja untuk menjaga Nina walaupun tidak dipersetujui Johan.
Tanpa pengetahuan Jaslina, Johan mejalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya Rahayu.
Jaslina tidak mengesyaki apa-apa apabila Rahaya rajin melawat mereka di rumah,apatah lagi dia rapat dengan Nina. Hinggalah suatu hari,Nina meninggal dunia kerana serangana asma. Rahayu sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina.
Jaslina menjadi tertekan,Johan berkahwin dengan Rahayu dan tidak berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Keadaan bertambah teruk,bila Iman pula disahkan mengidap leukimia.Wang nafkah yang diberikan Johan tidak Rahayu serahkan kepada Jaslina.

Suatu hari,Johan telah diculik di Sabah.Jaslina berada dalam keadaan kesempitan wang.Dia  terpaksa keluar rumah apabila pihak bank mula melelong rumahnya.Jaslina bertemu pula dengan Pak Akob dan Mak Kiah. Pak Akob telah menyalahgunakan duit derma buat Iman. Pak Akob juga cuba untuk merogol Jaslina.Akhirnya Jaslina terpaksa melarikan diri. Dia bertemu pula dengan Dr.Arif. Kepulangan Johan secara tiba-tiba menimbulkan persoalan. Rahayu juga sedang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya fiq.Siapa Jodoh Jaslina- Arif atau Johan?
sumber:budiey








Comments

  1. minat sgt dgn drama ni.x sabar meninggu kesudahan cerita..

    ReplyDelete
  2. sedihnya jalan cerita citer nie.. ttg ketabahan seorang wanita..

    ReplyDelete
  3. Lau jaslina kmbali pd c suami yg dah insaf tu ok jg..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq