join admya di FB

Bahaya Obses Gajet



Assalammualaikum, 
 Agak lama jugak admya tidak menulis dalam ruangan perkongsian. Kali ini admya ingin berkongsi tentang bahaya obses terhadap gajet. Ketika ini,admya pasti hampir semua daripada kita memiliki gajet sepertu telefon, Ipad, Komputer riba, dan sebagainya.iya tak?

Tahukah anda jika kita terlalu bergantung pada gajet ia akan memudharatkan diri kita sendiri.
Dari Ibu Mas'ud  ra.Dia berkata: Nabi saw bersabda," Binasalah orang-orang yang keterlaluan dan berlebih-lebihan" Beliau mengulangi sebanyak tiga kali.HR Muslim)

Walaupun gajet sangat penting dalam hidup kita,namun kita tidak seharusnya terlalu fokus pada gajet.Ini kerana ia boleh menyumbang kepada kerencatan personaliti, tingkah laku tidak normal dan penyalahgunaan gajet berkenaan.
Pembentukan manusia melalui kemahiran berkomunikasi bersama masyarakat. Teringat kata-kata Albert  Einstein.


Generasi yang idiot=bukan generasi yang bodoh tapi generasi yang tidak tahu.

Ia boleh dilihat apabila seseorang yang obses dengan gajet,dia mengalami kerencatan personaliti  apabila mereka tidak memiliki kemahiran interaksi dengan orang lain.Misalnya, gementar bila cuba nak berbicara dengan orang lain. Yelah, kalau guna smartphone, laptop tak nampak muka, jadi kita tak berasa takut,tapi bila dah berdepan "nervous" bagai.

Selain itu, keabnormalan tingkah laku turut berlaku iaitu tingkah laku yang luar biasa,seperti  apabila kita terikat dengan gajet, kita cenderung untuk berlajar hanya berdasarkan maklumat yang terhad yang diperolehi daripada  medium sosial-tanpa rujukan yang sahih.
Teringat pada satu kes yang dia belajar silat melalui whatsup hingga menyebabkan dia "terkena" gangguan.
So, korang kena ingat tau..kalau nak belajar sesuatu,belajar dari tuk guru bukan medium internet.Internet bagi panduan je.

Penyalahgunaan gajet pun kini telah berleluasa,Ada yang menggunakan aplikasi gajet untuk menghentam, menyebarkan fitnah secara terbuka di FB, dan blog.Ia boleh memudharatkan sehingga boleh memutuskan siraturahhim, memangkin jenayah dan menghuru-harakan negara. Sebahagian cerdik pandai agama juga beranggapan medium internet ini seperti dajal yang boleh merosakkan umat Islam di akhir zaman.Ini kerana banyak kes seperti penceraian disebabkan sms, chatting, permutusan saudara sesama Islam dan penyebaran ajaran sesat melalui ayat Al-Qu'ran dan hadith yang diolah.Na'uzubiilah.

Selain itu, obses terhadap gajet juga menyebabkan  budaya berkomunikasi bersama ahli  keluarga terhakis akibat semua leka dengan gajet masing-masing. Ingat iklan Maxis? Yang budak kecil tutup wifi broadband supaya dia dapat main dengan abang sepupu dia. Itulah dia realiti zaman sekarang. Ada setengah pihak pula menggunakan kesempatan kemudahan telefon berkamera hingga menyalahgunakan dengan merakam gambar yang tidak sepatutnya dan tersebar di Internet.

Penggunaan gajet ada baik dan buruknya. Tapi jangan sampai kita terlalu obses. Dalam akhbar,ada melaporkan kerajaan Arab Saudi mengharamkan Galaxy Tab dan Iphone di agensi keselamatan kerana peralatan itu boleh disalahgunakan untuk memecah masuk ke data peribadi dan pertubuhan keselamatan

Kesimpulannya, penggunaan gajet harus terkawal dan bukannnya melampui hingga kita terlalu obses.Kita masih boleh hidup tanpa gajet.

Tips untuk ibubapa:

  •  Kanak-kanak berusia 2 tahun tidak digalakkan didedahkan dengan gajet.
  • Berikan tempoh had masa untuk anak-anak mengunnakan gajet
  • Dedahkan anak-anak menggunakan permainan biasa seiring dengan usia berbanding gajet seperti bermain basikal,bola.Permainan gajet telah memansuhkan perkembangan yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti kemahiran sosial, kemahiran komunikasi,Teringat dulu main pondok2,polis sentri, skipping.Lagi best dari sekarang.






Comments