join admya di FB

Drama Cinta Pandang Kedua(novel)






Salam semua,
Drama ni antara drama yang admya nantikan.
Slot Aurora TV9 mulai  5 Disember 2013.saksikan setiap khamis 8.30 malam




Sinopsis:
Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah,duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen.
Walaupun mereka sekelas, tapi tak pernah sebulu, Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di sekolah Zairul adalah "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty.Ibarat langit dan bumi.  Disebabkan Ainnur mempunyai badan XXL,dia hanya mampu memuja zairul dalam diam. Zairul pula suka menyakat hingga menyebabkan Ainnur malu dan terasa hati lalu nekad untuk tukar sekolah.
Setelah bertahun masa berlalu,
Ainnur bertemu semula dengan Zairul dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu,manakala Zairul hanya budak penghantar surat.
Zairul tidak tahu bossnya itu adalah awek  XXL yang diejek,dicaci dahulu -Ainnur Azreen.Pertama kali berjumpa,dia terus jatuh cinta. Sanggup berkorban jiwa raga.
Ainnur pula mendapat idea,Inilah masanya untuk dia membalas dendam.

Sumpahan cinta pertama menhantui Zairul walaupun dia dikelilingi wanita jelita. Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk menjadi mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang perlu dihadapinya. 

Di sana, Ainnur Azlee seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta. Begitu jua cinta kedua. Dia kecundang lagi.Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara
Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."


Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.


Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.


Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.


Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.



Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.

Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.


Watak:
Dazrin- Zairul Hasmat
Ainnur Azreen- Izara Aishah


Lagu dalam Cinta Pandang Kedua:




Eihya Abdullah- Ainnur 17 tahun






kredit gambar: Penulis dan FB Cinta pandang ke2



Comments

  1. lama tak tgok izara belakon. yg plg terbaru cinta samperit raya haji :)

    ReplyDelete
  2. best la cter nie..xpenah baca lagi novel nie...

    ReplyDelete
  3. Cam best je..cam menarik je..cam nak beli novel je..:)

    ReplyDelete
  4. Novel ni saya tak pernah baca tp mcm menarik je jln citenya...pelakon mcm ok... x sabar nk tengok dramanya...hero dn heroin pertama kali bergandingkan??

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..dh pnah bc novel ni..quit best lh....

    ReplyDelete
  6. selamat menonton cinta pandang ke-2, mulai 5/12/13 di tv9, setiap khamis jam 8.30 malam. semoga terhibur.

    ReplyDelete
  7. best..I've read this novel...erm.....

    ReplyDelete
  8. dah tgok episod pertama . ok je ^_^ baca novel dy mmg best.

    ReplyDelete
  9. Tak paham sangat lah sinopsis tu..start daripada ainnur pergi ker newcastle sampai habis..explanation please??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainnur ke newcastle selepas dikecewakan lagi. balik Malaysia zairul dan ainnur bertembung dalam ofis yang sama. tapi zairul bekerja sebaagai mat despatch dan kebetulan bos dia ainnur. ainnur ambik kesempatan utk buli zairul.part mana yang tak paham ye?

      Delete
  10. knapa plakon watak zairul msa kt skolah x gna plakon muda lain. x bestla mka tua dgn mka bdak2 sma.

    ReplyDelete
  11. asalam admin x de ke link untuk drama ni

    ReplyDelete
  12. nak tanya ada tak muzik latar zairul di public phone 2 yg episod 1.. nak tau tajuk die.. tlong yer klau ade yg thu..

    ReplyDelete
  13. Bez giler ep tdi...psal ainnur lepaskan rahsia die kat zairul...terkejut zairul ...padan muka dia bru thu siapa ainnur yg sbnr...

    ReplyDelete
  14. http://tasks4job.com/?refer=36693

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq