join admya di FB

Slot Lestary: Ku Cinta Kau Seorang


Assalammualaikum,





Lagi drama untuk slot Lestary. Akan datang di TV3 pada 19 November 2013

Judul: Ku Cinta Kau Seorang
Channel: TV3
Slot Lestary
Jumlah episode: 13
Terbitan: Global Station

Para pelakon: Remy Ishak, Amy Rosli, Mak Mah,

Sinopsis:
Batrisya dibesarkan dalam keluarga kaya dan segala permintaannya dipenuhi oleh Dato Hisham(bapa Batrisya). Namun, Batrisya amat cerewet.Ramai pembantu telah diberhentikan hanya sebab kesalahan kecil. Suatu hari Helmi(Remy Ishak) pekerja restoran Dato'Hisham telah menegur Batrisya telah menegur sikap biadap Batrisya. Batrisya sangat marah kerana ia telah memalukannya.Batrisya meminta ayahnya untuk memberhentikan Helmi.
Helmi anak yatim piatu, tidak berpelajaran tinggi sebab faktor kewangan dan tinggal bersama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya amat tinggi menyebabkan Helmi terpaksa membuat pelbagai kerja.
Dato Hisham amat menyukai Helmi sebab rajin bekerja dan tidak pernah membuat masalah. Permintaan Batrisya terpaksa ditolak.Batrisya yang kecewa akan sikap ayahnya yang tidak menyebelahi Helmi membuatkan dia pergi ke luar negara selama sebulan. Bila pulang Batrisya mendapati rumah dan restoran milik ayahnya akan dijual.Dia mendapat tahu ayahnya jatuh muflis dan terpaksa melarikan diri sebab hutang piutang yang banyak.Dalam suratnya ayahnya mahu Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya.Bila sampai di rumah Helmi,Batrisya terkejut dia akan tinggal di rumah yang uzur. Dia tidak rela,lalu meminta pertolongan Maya dan Fara namun pelbagai alasan diberikan. Hubungi Razman teman lelakinya juga hampa.
Batrisya sedih.Hidupnya berubah sekelip mata.Dengan perasaan sedih, Batrisya pulang semula ke rumah Helmi dan tinggal bersama mereka. Namun ada undang-undang yang ditetapkan Helmi yang harus diikuti Batrisya. Mampukah Batrisya mengharungi cabaran di rumah Helmi?


Jom sneakpeek BTS:










Dato' Hisham dan Puan Fauziah

Helmi



Amy Rosli ni pernah berlakon jadi Ana dalam siri Jodoh




admya:
Muka heroin dia ada iras  Nia Ramadhani kan.








Comments

  1. igt remy dpt blakon dgn nia ramadhani..tkjot gila muka iras2

    ReplyDelete
  2. hari tu ada terserempak dgn pelakon drama ni masa diorg shooting.. remy ishak siap promote lagi..heheh

    ReplyDelete
  3. Yg belakon crita jodoh kan

    ReplyDelete
  4. makin pjg waiting list slot lestary hihi

    ReplyDelete
  5. amyra rosli blakon drama cinta dan wahyu

    ReplyDelete
  6. dgrnye amyra rosli ni bercinta dgn dazrin (hero jodoh)...xtau la betul ke x

    ReplyDelete
  7. Klu sape penah bce novel my love plygirl by siti nur dhuha akan sedar jln cerita yg sama.. cme tukar watak2 srba ckit je.. adaptasi novel gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,,sy pun perasan,,cume kat my love playgirl lagi best la,,kan

      Delete
    2. Haah,,sy pun perasan,,cume kat my love playgirl lagi best la,,kan

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq