join admya di FB

Slot akasia: Sedetik Cinta ganti Rindu Abu Dhabi






Rindu di Abu Dhabi dah nak sampai ke penghujung?Rasa macam sekejap je.Ok la,drama baru bakal ganti Rindu di Abu Dhabi adalah Sedetik Cinta.
Drama ini lakonan Hanez Suraya dan Awal Ashaari,Tengku Anis.Informasi penuh pasal drama ni akan diupdate kelak.Lately, banyak jugak ye drama lakonan Awal.

Jumlah episode: 28
Mula tayangan: 3 April 2013
Tagline: Cinta memerlukan Pengorbanan
Lagu tema: Bukan dia tapi aku

Sinopsis:

Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.


Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.
Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?



Jom kita sneak peek di sebalik tadbir:









Gambar thanks to HanezSuraya,Awal

Nampaknya,lambat lagi drama Teduhan Kasih nak keluar.huhu
Jangan lupa Slot Lestary Kisah Cinta lakonan Sam dan Fazura juga ditayangkan pada 2 April 2013.

Comments

  1. cam best jeeeeeee..
    nk tgk la nanti

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. You should judge people with their acting skills. Take a note!

      Delete
  3. Nampak mcm best je. Harap best la...

    ReplyDelete
  4. Macam embun mutiara la jln cite dia..tak same sgt..tp ade yg len la..adik ganti kakak..same mcm mutiara ganti embun

    ReplyDelete
  5. ye la...same cume ade beza ckit2 jer...

    ReplyDelete
  6. cerita ni best giler. actually i'm not an avid malays drama (i'm not) but this drama gives me something that could teach us a real meaning of being a good wife not like the other stupid drama (showing the stupidity of people in malaysia = WTF). I'm glad that i have a chance to watch this drama and hell for those who hate it. And one more Hanez Suraya is just a perfect actress ever alongside Awal. (Her crying scenes are perfect)

    ReplyDelete
  7. but it make me bored
    4 two weeks from first ep.

    ReplyDelete
  8. best cter nie..suka tgk awal ashari

    ReplyDelete
  9. dekat mana link nak download

    ReplyDelete
  10. second hero xpadan langsung dengan heroin...pilih la yg sesuai sikit..semangat nk tengok terus tukar channel lain sbb pelakon x MELETOP!!

    ReplyDelete
  11. slh satu drama yg plg boring utk slot akasia thn ni...sori people...bkn krn pelkon tp mgkn krn jalan ceritanye yg slow n trlalu meleret2

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq