join admya di FB

Slot Lestary Kisah Cinta




Akan datang
Judul: Kisah Cinta
Slot:  Lestary
Jumlah Episode: 13
Tayangan:  Mei 2013

Fazura kembali dengan drama terbaru untuk Slot Lestary- Kisah Cinta. Drama ini dilakonkan oleh  Shaheizy Sam,Fazura  yang akan membawa watak Azalea,Nazim Othman(Azhari) dan Nadia Aqilah,Ungku Ismail,Arash Mohd,Fazlina Ahmad Daud.
 
 
 


Sinopsis:
Azalea(Fazura) anak pemilik hotel terkenal secara tak sengaja bertemu dengan Shah(Shaheizy Sam) dalam satu kemalangan yang membabitkan ibu Shah dan bapa Azalea.Bermula dari detik itu, hubungan mereka jadi rapat disebabkan mereka mencari jawapan untuk segalan persoalan yang timbul dari kemalangan tragis tersebut. 

Mereka saling benci membenci dan menyalahkan antara satu sama lain atas kejadian yang berlaku.Namun,persoalan timbul mengenai hubungan ibu Shah dan bapa Azalea.

Shah menemui surat milik ibunya dan Zainal. Begitu juga Azalea yang menemui surat bapanya kepada Zaharah.
Shah mahu saja buang surat itu kerana tidak mahu ada yang terluka bila mengetahui kebenaran,namun dihalang oleh Azalea.
Shah dan Azalea cuba menyelami kisah cinta Zainal dan Zaharah berpandukan surat-surat tersebut.Mereka mula menjejaki kaki ke tempat-tempat yang tertulis dan mencari nama-nama yang terlibat.Dalam tidak sedar, Shah dan Azalea mencita kisah mereka sendiri di atas perjalanan kisah ibu bapa mereka.
Ia tidak semudah disangka. Kekasih Azalea Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina,mama Azalea juga tidak suka akan tindakan Azalea.Baginya Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan pastinya Shah seperti ibunya bukan anak yang baik.Dalam merungkai jawapan, Shah terpaksa berkorban sehingga dibuang kerja. 

Apakah pasangan ini cukup tabah menghadapi situasi  dan emosi?Kisah ibu bapa mereka mempunyai keberangkalian yang mereka adalah adik beradik.Adakah ini kenyataan yang harus diterima?


admya:ini kali pertama Sam dan Fazura digandingkan. Sinopsisnya penuh suspens!


Sneakpeek BTS(behind the scenes)











Gambar credit to Fazura dan Kisah cinta FB


Comments

  1. gabungan pelakon yg hebat..mst best cter nie

    ReplyDelete
  2. I love fazura♡♡♡
    Love nazim too..

    ReplyDelete
  3. suka tgk fazura.cantik...
    nk tgk la drama ni =)

    ReplyDelete
  4. lama lg citer ni... ingatkan minggu lepas xcited tunggu. telemovie lak kuar.

    ReplyDelete
  5. jenuh tunggu cite ni kuar xkuar2..
    lps pru kot kuar huhuhu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bla.bla..bla..bla..bla..bla..bla..

      Delete
    2. hahhahh..nadiya nisa dgn fazura mcm langit dgn bumi lol

      Delete
  7. best la xsgka my hero nazim berlakon..tp still xdpt tgk...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq