join admya di FB

Tips Diet Kuruskan Badan

 
 
 
Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Badan akan mula membakar lemak selepas 15 minit pertama senaman. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Lapan Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. Badan memerlukan 2 jam untuk menghadam makanan.


* Jangan skip waktu makan anda. Jika sudah biasa makan 3 kali sehari-teruskan namun amalkan diet seimbang dalam setiap hidangan atau kecilkan saiz hidangan. Ini kerana metabolisme anda boleh menjadi rendah jika anda kerap skip waktu malam.

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan buah-buahan dulu sebelum makanan utama. Vitamin dalam buah-buahan hanya memerlukan 10 minit untuk serap di dalam badan.

* Jangan buang diet protein dalam diet anda.Badan memerlukan protein seperti ikan, ayam. Cara memasak yang perlu diperbaiki untuk kekal sihat. Jika anda skip protein -anda akan merasa lebih lapar dan makan lebih dari yang disyorkan.

* Jika masih merasa lapar di waktu bukan waktu makan utama- lunch dan dinner- ambil snack yang berkhasiat seperti oat,buah-buahan @sayur-sayuran. Bukan jajan tau.

* Elakkan makan makanan manis jika anda bersedih- seperti Coklat. Memang ia mengeluarkan adneralin untuk buat anda gembira tapi ia juga menambah kandungan gula dalam badan anda.


* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

*Tak perlu alat senaman yang mahal- mahal untuk bersenam-(kalau ada lagi bagus) Botol air yang berisi air boleh dijadikan dumbell. Senaman tak perlu pilih waktu- dipejabat,di rumah pun boleh buat- Naik tangga, berjalan.
Kalau tak suka bersenam,anda boleh menari sebagai alternatif senaman.:)


* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Comments

  1. terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^

    Kuruskan Badan Sambil Makan McD

    ReplyDelete
  2. saya penah amalkan diet(kurang pengambilan karbohidrat) dan berjoging selepas pulang bekerja. kesan nye memang menakjubkan, saya mampu menghilangkan berat badan sebanyak 4kg dalam masa sebulan. tapi saya kini kembali berisi, disebabkan komitmen pada kerja dan sering pulang lewat malam..untuk kembali seperti dulu, saya akan menggunakan tangga dan tidak menaiki lift untuk sampai ke pejabat di samping banyakkan minum air mineral..mujurlah pejabat saya ditingkat 5

    ReplyDelete
  3. sebenarnya semua terletak pada kita
    senaman memang penting.kalau diet tapi tak senaman,tak elok juga

    ReplyDelete
  4. takde jalan senang nak cantik
    kena ada sedikit usaha baru berbaloi

    ReplyDelete
  5. Very informative post. Let me share 1 video menarik berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu

    ReplyDelete
  6. Ckp snang jew tp ssh nk amalkn

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq