join admya di FB

Mana Hilangnya Juwita


Kemana Hilangnya Juwita?Persoalan yang bermain di fikiran Anggun yang bingung mencari adiknya Juwita hingga membawa dia ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dihubungi.


Pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi untuk mencari adiknya.Kesukaran mencari adiknya itu menyebabkan Anggun meminta bantuan bekas kekasihnya Haider.
Pencariannya itu membawa dia kepada satu kebenaran yang sukar dipercayai- adiknya terlibat dengan masalah sosial seperti seks,dadah dan perlacuran di sebalik pekerjaannya sebagai model sambilan.

Drama aksi 15 episod arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida.

Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya. Ia mula bersiaran 9 Julai 2012, jam 10 malam di saluran Astro Ria.Episod 1-2 untuk drama “Mana Hilangnya Juwita” akan mula ditayangkan mulai 9 Julai di Astro Ria pada hari Isnin jam 10 malam manakala episod 3-15 akan ditayangkan bermula jam 9 malam.

Drama berat ini akan mengupas sisi gelap kota metropolitan yang dilihat sebagai syurga dunia bagi orang yang tidak pernah melihatnya.Namun hakikatnya, di sebalik keindahan,godaan mampu membuatkan manusia hilang pedoman.


gambar sumber:budiey

Comments