join admya di FB

Slot Zehra:Drama Runtun Qalbu ganti Naziha




Drama Runtun Qalbu ini akan menggantikan drama Naziha dalam slot Zehra.Drama sebanyak 13 episode ini akan dibintangi oleh Fasha Sandha dan Shah Iskandar,Fida Ibrahim,Kamal Adli. Tayangan bermula 21 September 2012 setiap Jumaat jam 9 malam menggantikan Naziha.




Sinopsis:
Mengisahkan tentang Qalbu (Kamal Adli) yang bekerja sebagai penjaga bilik mayat  melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.
Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.
Qalbu suka berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

 
Lagu tema Runtun Qalbu









press conference

Kelabu dan Qalbu

Gangster masuk hospital

Kelabu dan Ustazah Fatiha




Sebahagian dari drama di buat  penggambaran di Fuji,Jepun.





Comments