join admya di FB

Jangan Cari Salahku TV9


Skrin TV9 membawakan drama khas sempena Hari Bapa iaitu Jangan Cari Salahku.
Waktu Siaran: 8.30 malam
Hari Siaran: Rabu 20 JUN 2012
Channel: tv9


Sinopsis:
Zainal, 60, petani yang sanggup berkorban apa saja demi memberi kesenangan kepada dua anak lelakinya, Arif dan Azri.

Arif, anak sulung Zainal meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran, tidak pernah terfikir untuk berjauhan dengan ayahnya kerana rasa tanggungjawabnya sebagai anak adalah untuk sentiasa berada di samping ayah selepas kematian ibu mereka.

Berlainan pula sikap adiknya, Azri yang sering dimanja dan segala keinginannya cuba dipenuhi. Mendapat keputusan SPM yang jauh lebih baik daripada Arif menjadikan dirinya ego dan sombong terhadap Arif.

Apabila Azri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran, Zainal terpaksa memajak tanah rumah mereka. Azri berjanji menebusnya kembali tetapi setelah pemergiannya, Azri sunyi tanpa khabar berita, malah turut menukar nombor telefonnya.

Para Pelakon:
Drama hebat ini lakonan Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Pekin Ibrahim, Almy Nadia dan Faezah Elai.
Arahan: Heykal Hanifah




gambar sumber daripada: ZK creative

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq