Penyakit Kaki Tangan Mulut




Minggu lepas,balik KL,sempat jumpa anak buah yang comel baru keluar hospital. Annesa ditahan wad gara-gara terkena jangkitan penyakit Kaki,tangan dan Mulut...Sian tengok gambar dia..baby comel kena tahan wad..Bila cari info pasal(HMFD) hand,mouth dan foot disease.


Ia disebabkan virus Coxsackie A virus and Enterovirus 71 (EV-71). yang biasanya menyerang kanak-kanak bawah 5 tahun. 


Punca jangkitan

  • Tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan tempat persekitaran
  • Berjangkit melalui najis,air liur dan lelehan dari hidung pesakit.

Tanda sakit:
  • Ruam di lengan
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam
  • Hilang selera makan
Dalam kes Aneesa ni,dia tak nak minum susu dan ada ruam pada lengan.Kakak ingat ruam biasa,sebab dia memang kalau panas ada ruam,tapi sedar sebab ruam panas biasa kat leher tapi kat lengan pulak.
Pastu seharian aneesa tak nak susu..pelik la kan kalau baby tak nak susu!


Langkah-langkah pencegahan:

  • Basuh tangan selepas tukar lampin,keluar toilet,sebelum menyediakan makanan
  • Tutup mulut bila batuk dan bersin
  • Mandi dan tukar baju selepas balik kerja sebelum menyentuh bayi
  • Cuci mainan,lantai,permukaan meja yang dicemari air liur baby
  • Elakkan dari membawa bayi ke tempat awam yang sesak.

Mungkin  baby annesa berjangkit dari baby lain di taska..Wallahualam.
Tapi sebagai langkah berjaga-jaga anessa telah bertukar pusat jagaan..


Pesanan Penaja:

JAGALAH KEBERSIHAN..
ELAKKAN PENYAKIT


Comments