join admya di FB

Drama Kau Untukku adaptasi Novel Aisha Sofea


Update:
Permintaan Novel diterjemah ke layar skrin semakin mendapat sambutan hangat. Oleh itu,selepas ini kita dapat melihat banyak karya-karya hebat versi drama@telefilem.


Salah satunya adalah Kau untukku. One of my favourite novel and writer.
.

Channel: 952 ABO(astro box office)
Tayangan: Sepanjang Bulan Mei
Lakonan:
 Remy Ishak: Fuad
Dira Abu Zahar : Nurul Umairah
Johan Asari: Jefri
Lana Nordin: Elena
Norman Hakim: Azhar


on request,ringkasan drama Kau untukku(ceceh, ringkasan??panjang gak)


Drama bermula dengan Nurul Umairah berfikir tentang hubungannya dengan Ahmad Fuad.


Nurul menghadiri temuduga selama 1 jam,ternyata Ahmad Fuad dan Azhar menyukai personaliti Nurul. Fuad jatuh cinta pandang pertama pada Nurul time ni.


Jefri seperti biasa akan membawa Nurul makan. Satu sikap Jefri yang tidak disukai Nurul-membawa motor laju. 




Nurul diterima bekerja sebagai setiausaha di bawah En Azhar. Fuad agak terkejut melihat Nurul menjadi setiausaha Azhar.Pada masa yang sama,Ahmad Fuad kelihatan cemburu melihat kemesraan Nurul dan Jefri.


Ibu bapa Jefri mengesa Jefri dan Nurul untuk melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
Fuad pula,telah menutup pintunya hatinya untuk Elena setelah apa yang Elena lakukan padanya.
Sikap humor yang ada pada Jefri membuatkan Nurul senang bersama Jefri.Hanya lelaki ini memanggil dirinya Maira dan dia  sudah bersedia menjadi isteri  Jefri.
 Di ofis, Mustika tak tahan lagi bekerja di bawah En Fuad.


azhar terpikat dengan Nurul




Fuad merasa cemburu melihat kemesraan Azhar dan Nurul(babak Nurul jahit butang baju Azhar) .Elena  pula terus mengejar Fuad.


Rasa cemburu melihat Azhar membuatkan Fuad berbincang dengan En Zakuan untuk menukarkan Nurul(dalam novel- dalam drama takde)
Nurul terkejut apabila En Azhar memberitahu bahawa dia akan ditukarkan jabatan di bawah En Fuad. Pastinya Mustika gembira,namun sebaliknya Nurul. Mana taknya,selama ini Mustika banyak merungut pasal En. Fuad.




Fuad kagum melihat biliknya bersih dikemas Nurul.
Fuad mengajak Nurul untuk makan bersama.
kelakar  mendengar jawapan Nurul bila Fuad tanya Nurul pernah tak pergi Lake Club.Nurul dengan selamba menjawab Lake Club tak pernah,Night club pernah- terkedu Fuad mendengarnya.
Lunch bersama bossnya Fuad menjadikan Nurul bualan mulut Mustika dan Stella.
Elena memberi amaran kepada Nurul untuk tidak mendekati Fuad.


Fuad terkejut mendengar Nurul akan berkahwin.
ayat tak boleh bla- Fuad: you are my wife during office hour,so jangan cuti lama sangat.


Lagu dalam drama Kau untukku

Nurul mendapat panggilan berita kemalangan Jefri yang meragut nyawanya.Nurul hilang arah dan sedih atas apa yang berlaku.
Walaupun bersedih, Nurul tetap ke pejabat, namun dia dimarahi oleh Fuad di atas kesilapannya. Tanpa mengetahui apa yang berlaku,kata-kata Fuad memberi kesan kpd Nurul hingga dia mengambil keputusan utk berhenti kerja.
Fuad terkejut lalu meminta maaf dan merayu Nurul utk terus bekerja dengannya.
Sepanjang Nurul bercuti, kerap kali Fuad menelefon utk bertanya pasal fail(konon fail,sebenarnya nak tanya khabar Nurul).
Fuad dan Nurul terpaksa bekerja hingga lewat malam(kalau dalam novel- one team kerja lewat malam,tapi dalam drama diorang je keje)
Fuad menghantar Nurul balik ke Ipoh dan Fuad stay semalam di rumah Nurul.
Family day company- Nurul, satu team dengan Fuad..kalau dalam novel - time family day nilah banyak perkara berlaku.Stella dan Mustika memang main peranan penting rapatkan hubungan Fuad dan Nurul. Kesian azhar,dia bertepuk sebelah tangan.
Fuad melamar Nurul buat kali pertama.Nurul terkesima kerana sekali lagi
 dia mendengar panggilan Maira yang pernah digunakan oleh Jefri.
Balik dari Dubai,Fuad mendapat tahu Nurul resign.
7 bulan berlalu,Nurul melarikan diri dari Fuad.Pertemuan dengan Azhar  dan Nurul di shopping complex membuatkan Fuad cemburu dan  menginginkan jawapan dari Nurul.Nurul meninggalkan Fuad apabila dia mendapat tahu mama Fuad ingin menjodohkan Fuad dengan Elena.
Akhirnya segala persoalan terjawab,Nurul menerima lamaran Fuad.Mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan- Cucu sulung dalam keluarga. 


Komen:
Ok la untuk durasi 2 jam..Best gak walaupun Remy not so Fuad...
Cuma babak konflik antaranya sebelum perkahwinan Fuad  dan Nurul tidak diceritakan.Macam tentangan kakak-kakak ipar Fuad,sikap ibu Fuad yang tidak berapa menyukai Fuad mengahwini Nurul berbanding Elena.Kat ending je ada sikit bila diorang honeymoon one family.-sebab Nurul dan Fuad adalah cinta 2 darjat gak.


Korang rasa camana?Komen dialu2kan.





Comments

  1. salam

    saya dah tengok semalam kat ABO, pukul 1-3 pagi. OK la, lagipun cite tu cume 2 jam, mmg rasa mcm tak puas la, anyway, best jugak... mlm ni 4/5 ada ulangan lagi pukul 11 mlm... :) suke2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kau untukku better dibuat drama bersiri

      Delete
  2. salam fara, masuk semalam 6/may, dah 4x ulang tgk - hahahahha - mmg la tak jemu kan - lebih2 lagi remy ishak yg berlakon! :) thanks for the info, ya!

    ReplyDelete
  3. xdak org upload ke....

    ReplyDelete
  4. Dira not heroin material x chemistry langsung dgn remy mismatch.produser to long buka mata kalau nk pilih heroin

    ReplyDelete
  5. tak tahu kat mana produser nampak keserasian remy dengan dira..
    takde chemistry

    ReplyDelete
  6. tengok telefilem ni sebab novel and remy je..haha

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya produser dan Aisha Sofea pilih NADAYA NISSA jadi Nurul Umairah bergandingan dengan Remy Ishak berulah sepadan kan NADIYA NISSA heroin paling cantik jelita dan paling berbakat sekali di Malaysia,lagipun NADIYA NISSA pelakon paling disukai Aisha Sofea dan Global Station jadi pastikan setiap drama adaptasi novel Aisha Sofea dan keluaran Global Station NADIYA NISSA jadi heroin.

    ReplyDelete
  8. sy dh tgk drama ni, tp hampeh betulllll. syg, tak seindah novel yg di baca. heroin yg tak sesuai langsungggg. kalau buat filem mcm ni, kosong panggung. Novel ni adalah novel terbaik aisya sofea yg sy bc, tp syg pemilihan heroin yg tak sesuai.....

    ReplyDelete
  9. kalau buat filem novel ni dan Aisya Sofea pilih NADIYA NISSA jadi heroin akan meletup ler boleh dapat 20 juta, kat Malaysia NADIYA NISSA je heroin paling berbakat dan paling cantik jelita.............

    ReplyDelete
  10. Saya pula dapati Remy yang salah di"casting". Saya peminat Remy dan tonton drama ini sebab dia. Lakonannya mengecewakan kecuali babak di hujung cerita semasa dalam kereta yang penuh emosi. Terus terang saya jatuh minat dengan lakonan Dira terutama babak meratap di bahu emaknya. Sangat realistik!

    ReplyDelete
  11. sy baru tgk last few days tu pun start babak dira slh buat kertas keje yg menyebabkan die tender resign tu.. sy rs ok gandingan remy ngn dira. pd sy, remy ade style bos/manager kat syarikat even die cume melakonkan watak tu (some pelakon x pandai bwk watak bos/manager, nampak kaku, bos ni kalo in reality life, diorg most of the time, mmg cergas, byk berdiri bangun tutup pintu bilik meeting sendiri, bgn amik print out sendiri, bukan cam sesetgh dram yg bosnye betol2 bossy, duduk je... aptb) hehe melalut lak. anyway, ade sape tau mane nk dpt link lagu tema tu? stacy ke tu? mcm suara elyana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...
      saya dah cari link lain tapi semua dah takde
      sekarang susah nak cari lagu mp3 sejak google block direct convert dari youtube:(

      Delete
  12. luv the story so much...luv Dira oso..jatuh cinta dengan lakonannya for d 1st time...

    ReplyDelete
  13. Aku tak suka lah pulak penampilan Remy ishak sini . hoho , yang si Johan sebagai Jefri tu aku suka . sempoi ;) Aku suka drama ni :P hoho

    ReplyDelete
  14. Novel besh gler... Tp tgok drama nye trus aku xminat. Aku mnat kat remy, tp watak fuad patut aaron aziz, n watak umairah patut bg nad zainal. Heroin masa kini...

    ReplyDelete
  15. dekat mana disiarkan ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dityangkan
      mula-mula kat astro box office
      ulangan kat astro citra

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq