Jumlah episode: 13
Mula Tayangan: 11/4/2012
Hari Tayangan: 10 malam
Arahan: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: RadiusOne
Genre: Komedi
Para Pelakon:
Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad
Mengisahkan 2 rakan baik sejak kanak-kanak.Mereka tidak pernah berenggang sejak kanak-kanak. Mungkin agak janggal melihat 2 orang lelaki yang sudah tiba usianya untuk berumah tangga asyik ‘berkepit’ ke sana sini tetapi perhubungan Paan dan Paiz memang seperti magnet dengan besi yang sukar dipisahkan. Jadi, apabila muncul ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka selepas Paiz bercadang untuk kahwin, Paan menjadi marah kerana bimbang akan kehilangan sahabat baiknya itu.
Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?
Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).
Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.
Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?
Kata Pengarah:
Menurut Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama komedi Paan Paiz, “Alhamdulillah... Sepanjang penggambaran drama Paan Paiz, segalanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah besar yang mengganggu. Malah, saya boleh menyifatkan produksi ini antara yang paling ceria dan kecoh kerana gelagat pelakon utamanya, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim yang sangat mesra dan suka mengacau orang.”
“Hampir setiap hari, kami akan bergelak ketawa dengan gelagat Si Paan (Zalif Sidek) dan Si Paiz (Zahiril Adzim). Paan pernah membuat kru produksi menjadi panik dan hampir memanggil ambulans apabila dia tidak dapat bangun sewaktu menyiapkan babak bersenam. Rupa-rupanya, Paan hanya mengalami kekejangan di perut kerana jarang bersenam. Berat badan Paan juga bertambah naik kerana tidak dapat menahan selera dengan lauk pauk yang sedap di lokasi penggambaran. Seperti kekecohan yang digambarkan dalam drama Paan Paiz, suasana lokasi kami juga sentiasa ceria dengan insiden yang berlaku di luar kawalan. Harapan kami bahawa Paan Paiz dapat diterima oleh penonton TV3 nanti. ” Tambah Shahrulezad.
nak tahu best ke tidak kenala tengok sendiri.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq