join admya di FB

Jangan Ambik Padang Kami astro


Judul Drama: Jangan Ambik padang kami
Chanel: Astro Ria
Hari tayangan: Isnin
Waktu tayangan: 10 mlm
Jumlah Episode:  13
Terbitan: Suhan Movies

Ini padang kami.
Ini tempat kami bermain bola.
Padang ini identiti kehidupan kami.
Kalau ia dimusnahkah, di mana lagi kami mahu pergi.

Sesungguhnya banyak pengajaran yang dapat diambil dalam drama ini. Walaupun jika dilihat secara kasar,ia mengisahkan sekumpulan anak muda yang mempertahankan padang,namun padang itu mempunyai seribu makna kepada penggunanya.

 Padang bukan sahaja tempat bermain buat Nik,malah lebih daripada itu.Padang merupakan simbol penghubung antara mereka.Mereka berjumpa,gembira dan sedih di padang tersebut. Di dalam dunia realiti,padang adalah tempat penting bagi penduduknya.Kerana dengan padang,mereka dapat melupakan seketika kesusahan yang dialami(sebab rata-rata yang tinggal di flet adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana),lari dari kesempitan ruang(jika rumah mempunyai ramai penghuni) dan tempat mereka berkongsi suka duka sesama mereka. Dan hanya di Padang mereka dapat menghiburkan hati. Walaupun tak pernah duduk rumah flet,tapi,memang tidak dinafikan padang merupakan infrastruktur yang penting bagi penduduknya dari kecil hingga ke tua.

Mungkin inilah mesej yang ingin disampaikan Rosyam Nor kepada penonton. Pengalaman sekolah tanpa padang mengingatkan ku kepentingan padang...yela mana tak ye...setiap kali sukan mesti pergi stadium..time berlatih kena pinjam padang sekolah sebelah... kalau tak aktiviti senaman kami lari keliling sekolah gara-gara takde padang..^_^penat giler dibuatnya..sebab kena turun naik tangga!ok la tak nak cerita panjang(yeke tak panjang..hehe sorry!jom layan Jangan ambik padang kami...





Sinopsis
Pada suatu pagi, Nik (Naim Danial), 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang itu. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam – gelebeh dengan baju yang besar – tetapi mempunyai hati untuk menjadi seorang bintang bola sepak terkenal.
Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok.
Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu.  Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain (Beto Kusyairy), 18 tahun.
Zain pergi ke padang itu dan baru mendapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu (Syazwan Zulkifly, Murat, Juju (Elfira Loy), Maizatul (Shera Aiyob) dan Akmar (Izreen Azminda) untuk mula menyiasat.
Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka nekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap tanah berkenaan.




Para Pelakon: Dibintangi oleh














Comments