join admya di FB

Cinta ibarat...

Kelakar tapi ada maksud tersendiri...



Cinta ibarat tin cat, ia mewarnai dunia orang yang mengalaminya


Cinta ibarat rambut,walau dipotong,ia akan tetap panjang,janganlah membenci cinta,kerana ia sebahagian dari kita,walau dibuang ia akan tumbuh kembali


cinta ibarat sebuah kamus,memberi makna pada seseorang


Cinta ibarat rama-rama,makin dikejar makin menghindari,bila ia dibiarkan terbang bebas,ia datang tanpa diduga


Cinta ibarat kandungan dalam buku,menjadi topik hidup setiap insan


Cinta ibarat kopi,walau pahit,walau panas,walau hitam kita tetap nak..kita tiup hingga sejuk,kita tahan walaupun pahit...


Cinta ibarat menunggu bas


Cinta ibarat pasir, makin digenggam,makin hilang,
kalau dibiar pada tapak tangan akan hilang
tapi bila dibawa berlari,lama-lama hilang dari tangan.


Cinta ibarat mee maggi mula-mula keras,dicurah air panas,lembut jua
terdapat pelbagai perisa dan boleh dimasak mengikut selera
tapi bila kembang, muak dan tak sedap




Cinta ibarat kentut
ditahan perit
dilepas malu
dah keluar...lega(perasaan bila nak luah cinta)




Cinta ibarat stokin
kekadang boleh menghangatkan
kekadang boleh pengsan jika dibau haha
kekadang boleh memualkan bila Terbau
Boleh dibasuh dengan sabun( kasi wangi)
tapi jangan terlalu lama tak basuh
nanti cari yang baru,lupa yang lama


Cinta sejati ibarat hantu,ramai yang memperkatakannya,tapi hanya segelintir yang melihatnya


Cinta ibarat  terjun dari bangunan tinggi,otak mengatakan ia bukan idea yang baik tapi hati mengatakan kamu boleh terbang...huhu bahaya nie


Cinta ibarat angin,kamu tidak boleh melihat,tapi kamu dapat merasakannya


Cinta ibarat naik roller coaster,kamu hilangkan perasaan takut untuk menaikinya dan berpusing-pusing dan berakhir dan kamu bersedia untuk muntah


Cinta ibarat dedaun yang terbang dan kembali lagi


Cinta ibarat perang,senang untuk mula,susah untuk berakhir


Cinta ibarat sebuah lukisan,sedikit coretan mampu memberi makna


Cinta ibarat puzzle,bila bercinta,semua puzzle mudah dicantumkan,tapi bila berpisah,ia ambik masa untuk memcantumkan ia kembali


Cinta ibarat bermain piano,pada mula main kamu mengikut aturan,tapi akhirnya kamu bermain mengikut hati


Cinta ibarat permainan,ada yang bermain dengan bersungguh-sungguh,ada pula yang  main tipu



Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq