Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

JUDUL DRAMA: GEMERSIK KALBU
 waktu siaran: 7-8malam
hari siaran: isnin-khamis
slot:akasia
channel: TV3
jumlah episode 26
para pelakon: Aqasha,Ayu Raudah,Fazreen Ralfi,Alzana,Dian P.Ramlee,Neelofa,Farahdhiya

bermula: 3/1/2011 
ADAPTASI NOVEL: Gmersik kalbu KARYA ANIS AYUNI
favourite novel

Sinopsis gemersik kalbu:

Kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari
kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.
Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.  Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.



Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....
Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.
Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Lagu tema Gemersik Kalbu

drama ini macam sama dengan karya asal novel gemersik kalbu
Alzana nasir


Ayu Raudhah
                                    AQASHA,AYURAUDAH
sumber:media hiburan

Comments

  1. assalam,ada tak link video nie,dh ma nk tngok tapi semua link dh dipadamkn.nk tngok sangt2.terima kasih

    ReplyDelete
  2. hI TOLONG UPLOAD CITE NI BLH X? X DH LM CR...PLEASEEE..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...