Judul drama: Aishiteru
Slot: Aurora
Channel: tv3
Masa siaran: 8.30malam
Hari siaran: khamis
Mula siaran: 8 disember 2011
jumlah episode : 13
Para pelakon: Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato’ Jalaluddin Hassan dan juga Wan Nor Azlin
Sinopsis
Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.
Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.
Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.
Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!
Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.
Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.
Apakah keputusan Izrael? Mana mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia? Tunggu dan tonton slot Aurora berjudul Aishiteru ini pada setiap Rabu, jam 8.30 malam bermula 8 Disember ini untuk mengetahui kesudahannya.
sumber:tv9
SAMBUNGAN
Iz dan Azira akhirnya berkahwin tanpa rela..Iz mengahwini Azira kerana dia telah bernazar di lautan jika masih selamat dia akan mengahwini Azira..Azira yang pada mulanya gembira Iz tidak hadir pada hari pernikahan mereka bertukar menjadi panik apabila Iz hadir.Dengan beberapa kali lafaz..(sian pak kadi,jenuh ulang lafaz nikah,Iz kini menjadi suami Azira..Sikap kejahilan dan kebudak-budakan Iz membuatkan Azira bengang!
Azira selalu mengejek Izrael anak orang kaya yang pemalas dan tiada cita-cita,namun Iz hanya mendiamkan sahaja.Namun,apabila mendapat tahu Iz akan melanjutkan pelajaran dan bercita-cita menjadi seorang Navy,Azira jadi malu sendiri.
Iz mula menyatakan cintanya kepada Azira namun Azira masih lagi menolak cinta Iz.Azira kecewa apabila mengetahui lelaki yang disukainya Ammar telah mempunyai kekasih lain dan mengambil keputusan untuk tidak sambung belajar.Namun apabila dipujuk oleh Iz,Azira tetap meneruskan pelajarannya walaupun hatinya masih tidak terbuka pada Izrael.
Ending..
Azira meneruskan kehidupan seperti biasa setelah berpisah dengan Iz.Hatinya masih ada pada Ammar.Namun,Ammar akan bertunang dengan kekasihnya.Iz menyambung tugasnya sebagai Navy.Akhirnya,Azira sedar cintanya hanya untuk Izrael.
ending dia tak berapa best...biasa sangat...:(
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq