join admya di FB

Team Building aktiviti


 Nama game: Blow wind blow( Tiup angin tiup)

Masa yang diperlukan: 10-20 minit

Material yang diperlukan: Kerusi pada setiap peserta

Persediaan: Kerusi disusun dalam bulatan

Arahan:

1) Peserta akan duduk  atas kerusi dalam bulatan kecuali seorang(Bilangan kerusi mesti kurang satu drpd jumlah peserta)
2)Seorang peserta yang tidak mendapat kerusi akan berada di tengah bulatan akan memulakan permainan dan berkata "tiup angin tiup pada orang yang memakai baju berwarna biru.
3) Orang yang memakai baju biru akan keluar dan perlu bertukar tempat duduk dengan orang yang memakai baju biru yang lain.Namun tidak boleh bertukar tempat duduk dengan orang yang berada di sebelah.
4)Peserta yang berada di tengah tadi akan mengambil alih tempat duduk salah seorang orang yang keluar tadi.

5) Peserta yang tidak mendapat tempat duduk,akan menyambung permainan dengan mengulangi game tadi

Aktiviti ini sesuai untuk re-charge kumpulan yang telah bosan,lama duduk.

Contoh lain:
  • Tiup angin tiup pada orang yang memakai cermin mata
  • Tiup angin tiup pada orang yang memakai jam tangan
  • Tiup angin tiup pada orang yang baju kurung





Comments

  1. Saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq