Drama Tihany tv9


tihany
Judul drama: Tihany
Masa tayangan :  8.30 malam- 
Hari Tayangan: Isnin dan Selasa
Channel siaran: tv9
Slot: Ratu
Jumlah episode: 13
Terbitan: Radius One


 Para Pelakon dan Watak- watak dalam Drama Tihany

Tihany(Nabila Huda)


 Tihany gadis sopan yang dilanda dilema apabila menikahi Imran apabila tunangnya tidak muncul di hari pernikahan.Disebabkan rasa kasih terhadap ayah yang sakit tenat dan tidak memalukan keluarga,Tihany menurut kata ibu tirinya.

Imran( Ku Ismail)



Kenalan keluarga Tihany.Dikahwinkan dengan Tihany atas dasar menutup malu keluarga Tihany apabila Azman tunang Tihany tidak muncul di hari pernikahan mereka.Imran adalah kekasih kepada Soraya dan mengahwini Tihany atas desakan Soraya.Namun,akhirnya Imran jatuh cinta pada Tihany

Soraya (Emelda Rosnaida)


Ibu tiri Tihany yang mempunyai niat dan agenda terhadap Tihany


Azman(Riz Amin)


Kekasih Tihany yang menghilangkan diri pada hari pernikahan

Synopsis drama tihany

Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Kehidupan Tihany yang sememangnya dikelilingi dengan kemewahan tidak membuatkannya berasa megah, sebaliknya dia tetap menjalani kehidupan harian yang sederhana dan lebih senang mengendalikan kedai bunganya yang kecil berbanding bekerja disyarikat ayahnya.

.Perwatakan Tihany yang lembut dan sopan telah membuatkan Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar. Azman sentiasa merasa rendah diri kerana kedudukan keluarganya yang berbeza dengan keluarga Tihany, apatah lagi bertunang dengan anak tokoh usahawan yang kaya.


Namun, suatu hari, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azaman kerana Azman tidak muncul tiba. Ini membuatkan tetamu menjadi kelam-kabut terutamnya keluarga Tihany. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya tiba-tiba mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.
Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Sebelum itu, ayah Tihany telah mengeluarkan Soraya sebagai pewaris harta.Adakah ibu tirinya mempunyai agenda di sebalik perancangan tersebut? ]
  • Sorotan episode
episode tihany








Comments