join admya di FB

JAIS serbu gereja


NONE

Berikutan tindakan pihak JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara  Rabu lalu,MB Selangor akan menghadap Sultan untuk mendapatkan nasihat Baginda Sultan Selangor dan mengarahkan mana-mana exco tidak membuat sebarang kenyataan Media.



Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit(12 orang beragama Islam) boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

sumber: mstar
Pihak gereja memaklumkan mereka Pihak Jais tidak mempunyai waran ketika serbuan dilakukan.
Kenapa tetiba cerita pasal nie??
Sebenarnya,apa yang nak dikongsikan bukan hal perkauman,hal politik jauh sekali tapi ia berkaitan dengan hal agama.AGAMA ISLAM.Kita seharusnya berfikiran terbuka dan menilai sesuatu dengan pelbagai perspektif sebelum menyalahkan pihak lain. Mungkin tindakan Jais tidak dapat diterima disebabkan mereka tidak mempunyai waran,namun menurut sumber Jais,mereka telah meminta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan!Jika benar,mengapa isu ini diperbesarkan?
Sebenarnya mereka cuba untuk menafikan apa yang berlaku.Pihak Jais menyatakan majlis tersebut adalah satu majlis untuk memesongkan akiqah Umat Islam. Sekali lagi ancaman kepada umat IslamKalau kita lihat kini berapa ramai umat Islam telah murtad dan keluar daripada Islam.Nahuzubillah.Lagi- lagi kita di bulan Ramadhan di mana kita berpeluang untuk memperbanyakkan Ibadah kepadanya.
Hal ini adalah sesuatu  yang perlu diambil serius.  Ya Allah,Selamatkan umat islam daripada anasir- anasir yang boleh memesongkan aqidah kami kepada Mu. Tunjukkanlah kami jalan yang Kau redhai ya Allah.Amin...


Comments