Drama Cinta Elysa (lestary TV3)





cinta elisa
credit as tagged


Drama Elisa akan muncul di tv3 pada September nanti bagi menggantikan drama Ana Lu'lu di Slot Lestari TV3.
Pelakon utama drama ini adalah Johan Ariff(Juvana) dan heroin popular Malaya Fasha Sanda( Dewa Cinta).


Drama:  Cinta Elisa
Jumlah episode: 13
Mula Tayangan: September
Terbitan: Suhan Movies
Skrip: Sharifah Abu Salem
Pengarah: Along Kamaludin

Trivia:
  • Sebenarnya watak hero adalah milik Shah Jaszle namun beliau menolak kerana terikat dengan komitmen.Maka Johan Ariff dipanggil untuk menggantikan tempatnya.
  • Fasha Sandha adalah pelakon kegemaran Johan Arif

Sinopsis Drama Cinta Elisa Di Slot Lestary TV3

Drama Cinta Elysa adalah mengisahkan tentang dilema yang dialami oleh Aril yang dilakonkan oleh Botak Juvana, Aril terpaksa menjalankan tanggungjawab untuk menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang begitu membenci dan memusuhinya. Ibu saudara Aril begitu sangat membencinya, lakonan oleh Zila Bakarin, manakala sepupu Aril pula adalah anak perempuan kepada Ibu Saudaranya iaitu Elysa lakonan Fasha Sandha.


Sebelum itu, bapa saudara Aril, Jasman pernah berpesan sebelum beliau meninggal dunia, dia ingin sekali agar Aril mahu menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga sehingga mereka tamat pengajian. Aril ni pula merupakan seorang yang begitu nakal dan samseng, dia juga dianggap pemuda yang begitu bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya, walau bagaimanapun Aril yang dalam keadaan dia dibenci, dia terpaksa juga menjalankan tanggungjawab besar tersebut.


Walaupun Aril nie nampak agak jahat dan liar tetapi dalam diam dia menaruh hati dan mencintai sepupunya sendiri. Dalam pada itu suatu hari Aril di halau keluar rumah oleh ibu saudaranya, tapi aril nekad untuk membawa elisa bersama, aril menjalankan kehidupan samseng bagi menyara dirinya dan elisa, elisa pula tidak suka dan tidak menyenangi sikap dan cara Aril yang mencari rezeki dengan cara tidak halal. Elisa berusaha untuk membantu Aril mencari pekerjaan, dan Aril pula sedia untuk menerima segala teguran dan nasihat dari elisa demi cintanya

Wah...romatiknya








Lagu-lagu dalam Cinta Elysa( Senarai lagu dalam Cinta Elysa)
 
Lagu Ost Cinta Elisa- Kisah Dongeng by Stacy


Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...