join admya di FB

Penjagaan Kesihatan di waktu jerebu


Kebelakangan ramai kekawan yang sakit- sakit tekak,batuk.demam, dan lain-lain lagi.Ini mungkin dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berjerebu sekarang.

Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:-

     Nilai IPU        Kualiti Udara
       0 - 50                 Baik
     51 - 100         Sederhana 
   101 - 200        Tidak Sihat 
   201 - 300      Sangat Tidak Sihat 
   301 - 400         Berbahaya 
   401 - 500    Sangat Berbahaya 
  Lebih 500            Darurat  

Jerebu akan menyebabkan:-


  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Mata merah dan berair
  4.  Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  5.  Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  6.  Mata terasa pedih dan berair.Hidung berair dan kerap bersin.
  7.  Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  8. Terasa sakit dada.

Tips menjaga kesihatan semasa jerebu:-


  1. Kurangkan aktiviti luar
  2. Pakai topeng apabila keluar
  3. Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu 
  4. Selalu minum air....lebihkan minum air daripada biasa
  5. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat simptom-simptom di atas



JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
admya: jaga kesihatan dan" take care"

Comments