Drama ini trending semula di blog admya. Mesti ramai tak percaya elly mazlein pernah berlakon drama melodrama sebelum terkenal sebagai pengacara yang melucukan.
sinopsis:
Ia mengisahkan wanita tabah yang harus mengharungi liku-liku hidupnya untuk mencari kebahagiaan. Diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.Na O Mei mengisahkan gadis Thai yang datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah dan jatuh hati pada anak majikannya, Azhar serta memeluk Islam. Na O Mei atau Aishah lakonan Puteri Sarah, berhadapan pelbagai liku hidup lebih-lebih lagi apabila dia disahkan mengandung.
Dia disangka membuat onar dan dihalau dari rumah majikannya. Apapun, bayi dalam kandungannya adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar yang belajar di luar negara dan diberi nama Na O Mei. Na O Mei diberikan kepada keluarga angkat apabila Na O Mei@Aishah berkahwin kali kedua dan melahirkan anak bernama Camelia.Aishah tidak menyukai Camelia kerana anaknya lahir selepas beliau dirogol oleh suaminya.Suami kedua Aishah adalah seorang yang panas baran dan kaki pukul.Cerita berlanjutan sehingga Na O Mei dewasa.O Mei bekerja di sebuah resort bersama-sama abangnya(anak angkat emaknya)dan berjumpa dengan Camelia,Arina dan Arman.Konflik cinta berlaku antara tiga wanita dalam drama ini.
Pada mulanya Reza mencintai Na O Mei dan ingin mengahwininya. Ini kerana Na O Mei dilihat mempunyai ciri kewanitaan yang diinginkannya. "Apapun, perasaan Reza ditolak Na O Mei yang memintanya mencintai Camelia. Cuba mencintai Camelia, ternyata jiwa Reza tidak sesuai dengan Camelia yang berperwatakan kasar. Kemudian, muncul pula Arina yang juga rakan baik Na O Mei. "Bertemu Aniza, ia membuat Reza terkenang cinta pertama dan tunangnya yang meninggal dunia.
Wajah Arina yang seiras arwah tunang Reza menyebabkan cintanya mula berputik kembali. Tanpa disedari Camelia dan Arina adalah adik tiri kepada O Mei.Apakah kesudahan cerita Reza dan Na O Mei...??Saksikan Na O Mei di slot AKASIA di tv3.
Senarai Lagu OST Na O Mei
- Bisikan Rindu- Han
- Dinda- Mahkota Band
- Vierra- Perih
- Dosakah Aku- Nidji
- Terakhir- Mahkota Band
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq