Episode 18 Lafazkan Kalimah Cintamu

Sesi romantika de amor dah bermula


Tengku Aqilah begitu leka dengan kerjanya, matanya masih setia menghadap komputer riba. Dalam waktu yang sama tangan kanannya mencapai cawan minuman. Namun entah macam mana tangannya yang bergerak tanpa diawasi oleh mata itu telah tertolak cawan yang masih penuh dengan air kopi dan habis tertumpah pada blazernya yang berwarna putih. Tengku Aqilah sudah menggeleng.


“Heii, jadi kerjalah pulak nak mengelap air atas meja ni, dengan blazer aku lagi yang dah kutup ni. Isyh cuai betullah aku ni. Dah pukul berapa ni, senyap aje kat luar tu.”
Tengku Aqilah terus mengerling jam di tangannya, terbeliak terus biji matanya.
“Ya Allah dah pukul 7.30, alamak patutlah senyap. Aku tak sembahyang Maghrib lagi, macam mana aku boleh tak perasan, bukan ke selalunya Ana sebelum balik dia beritahu aku? Kenapa hari ni, dia tak inform nak balik, ehhh…” Tengku Aqilah sudah menepuk dahinya.
“Ana cutilah… mesti tadi Kak Rita ada beritahu nak balik, aku aje yang tak perasan. Inilah bahanannya kalai cuti sakit sampai seminggu, mata pun dah tak boleh alih dari laptop,” Tengku Aqilah terus-terusan mengomel dalam hatinya. Dalam masa yang sama dia sudah membuka blazernya yang basah lali diletak di atas kerusi.
Tengku Aqilah terus melangkah keluar. Dalam dia berjalan, tangannya lincah membuka butang di lengan baju kemejanya yang berwarna merah itu. Tengku Aqilah sempat lagi mengerling pada seluar sleknya yang berwarna putih itu, khuatir jika turut terkena percikan air kopi tadi. Dengan perasaan lebih seram dari berani Tengku Aqilah mengatur langkah ke bilik solat yang terletak bersebelahan dengan pantri. Namun gara-gara matanya yang terlebih rajin meninjau setiap sedut ruang pejabat yang sudah sepi, badannya terus melanggar tubuh seseorang.
“Mak!!! Hantu pantri!!!” Jeritnya sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Tubuhnya sudah menggigil. Penakut betul perempuan ni, setiap kali terkejut ada sahaja spesies hantu yang disebutnya.
Dalam dunianya yang gelap, dah namanya pejam mata kan, mestilah gelap, Tengku Aqilah merasa tubuhnya dipeluk. Dari bau minyak wanginya Tengku Aqilah masih belum dapat mengagak siapa gerangannya, memang otak bengkak betullah perempuan ni.
Tapi dia yakin tekaannya tepat dari degupan jantungnya yang sudah tidak seperti manusia normal yang sepatutunya berdegup kira-kira 100,000 kali sehari dan mengalirkan 1,800 pain darah dari seluruh tubuh. Sempat pula Tengku Aqilah berbangga dengan kecedikannya. Jangan nak perasan lebihlah, semalam baru baca majalah Mastika, itu yang dapa info, bidas otaknya yang sentiasa bercanggah dengan naluri tuannya.
Perlahan-lahan Tengku Aqilah membuka matanya. Wajahnya didongakkan memandang suaminya yang sudah tersenyum.
“Hari ni baru abang tahu, ada hantu pantri,” usik suaminya yang masih tidak melepaskan pelukan di tubuh isterinya itu.
Tengku Aqilah sudah mendengus, “Saya terkejut tadi, tiba-tiba aje awak keluar dari pantri. Kalau ya pun dehem-dehemlah sikit. Dahlah ofis ni sunyi dan seram.”
Tengku Ryan Ameer sudah tergelak.
“Kalau dah tahu seram kenapa balik lambat?”
Tengku Aqilah terus merenggangkan pelukan suaminya, lengan baju kemejanya dilipat.
“Dah kerja banyak, jadi kalut pulak. Tu dalam bilik tu, habis air kopi dah tumpah. Blazer saya pun habis kena. Tak apalah saya nak sembahyang dulu. Dah lambat ni…”
“Tahu tak apa,” balas suaminya.
Namun tidak diendahkan oleh Tengku Aqilah, dia sudah tergesa-gesa menujuk ke bilik air untuk mengangkat air sembahyang. Tengku Ryan Ameer tidak menunggu lama dia terus menuju ke biliknya.
Dalam masa hamper setengah jam, panjang jugak wiridnya ya, Tengku Aqilah keluar dari bilik solat dengan wajah yang segar. Namun langkah Tengku Aqilah terhenti sebaik melihat suaminya sudah menunggu sambil memegang tas tangannya.
“Nak pergi mana ni? Siap pegangkan handbag saya sekali?” Jelas kebingungan di wajah Tengku Aqilah.
“Balik, tak kan nak tidur kat sini kot.”
“Oh, memanglah nak balik, tapi saya nak bersihkan dulu air kopi yang tumpah atas meja tu. Nak tutup laptop dan nak tutup lampu bilik. So excuse me…” Tengku Aqilah meminta laluan dari suaminya.
Tengku Ryan Ameer masih tidak berganjak, wajah isterinya dipandang.
“Semuanya dah beres sayang. Abang dah settlekan, termasuklah blazer, abang dah letak dalam plastik tu. On the way balik nanti kita hantar dobi, kalau boleh cucilah kalau tak boleh nanti abang beli yang baru. So jom kita balik.”
Terkejut Tengku Aqilah dibuatnya, wajah suaminya dipandang penuh tanda tanya.
Baik semacamlah pulak dia ni, tapi memang sebelum ni pun dia dah layan aku dengan baik. Masa aku sakit kaki selama seminggu dia yang menjaga aku, aku ni ego sangat ke? Mungkin dah masa aku beri hati aku peluang untuk mengenal dia lebih dekat, tapi tak kan aku nak terhegeh-hegeh pula dengan dia. Argh malas nak fikirlah! Biar ajelah masa yang menentukan dan memikirkannya.
Bunyi kerbau terkencing menyedarkan Tengku Aqilah yang begitu asyik berbicara dengan hatinya sendiri.
Bukan sahaja bulu romanya yang meremang tetapi bulu kakinya turut terjejas sama sebaik mendengar bunyi telefon bimbit suaminya itu, terus ari-arinya dipegang, geli sangatlah tu.
Suaminya begitu ceria berbual di telefon. Tengku Aqilah sempat pula menilik penampilan suaminya, yang ternyata memang mengamcam kalbu dibuatnya. Baju kemeja warna biru muda, fuhh… warna kegemarannya dikenakan dengan seluar slek hitam, tali leher disisp di dalam poket baju kemejanya.
Tengku Aqilah memang tidak mampu untuk menafikan yang suaminya memang seorang lelaki yang tampan, kalah Tom Welling dalam cerita Smallville. Emm… dah memuji nampak? Adakah dalam hati sudah ada cinta? Isyh… apa cinta-cinta? Aku ni muslimah sejati, ikhlas dia memuji, Tengku Aqilah bertengkar dengan otaknya.
“Jom sayang…” Tengku Ryan Ameer sudah memaut lengan isterinya, manakala sebelah tangannya sudah memegang beg plastik.
Tengku Aqilah pantas membetulkan tas tangannya yang hamper terjatuh. LV tu mana boleh bagi jatuh. Sibuk betul dengan beg LV dia. Dalam mereka berjalan ke tempat parker kereta, Tengku Aqilah menghulurkan tangannya.
“Naka pa?” tanya suaminya pelik.
“Handphonr, pinjam kejap.” Dalam keningnya masih bertaut, Tengku Ryan Ameer menyerahkan telefon bimbitnya pada isterinya itu.
Tengku Aqilah leka menekan dari satu punat ke satu punat, dalam masa yang sama dia mendekatkan telefon bimbitnya, haislah…
“Okey, saya dah tukar ringing tone awak. Saya benci bunyi kerbau terkencing tu,” komen Tengku Aqilah. Telefon bimbit diserahkan semula pada suaminya sebelum dia masuk ke dalam kereta.
Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya.
“Itu bunyi air yang dicurahlah. Sesedap mulut aje cakap kerbau terkencing, biasa tengok ke?” usik suaminya sebelum menghidupkan enjin kereta.
Melihat isterinya yang sudah muncung itu, Tengku Ryan Ameer mengalah jua.
“Okey, abang tak kan guna ringing tone tu, tapi Qila ganti ringing tone apa?”
Tengku Aqilah sudah kembali ceria. “Tadi saya Bluetooth dari handphone saya lagu ‘Air Mata Kasih’. Syahdu aje bila dengar.”
“What? Biar betul Qila?” Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng-geleng. Pantas Tengku Aqilah menunjukkan ciri-ciri isteri queen control. ‘Jangan tukar…’ Lurus jari telunjuknya yang kontot itu memberi amaran. Hanya satu keluhan tanpa bahasa yang mampu terkeluar dari mulut suaminya namun dalam hatinya sempat lagi berkata, “Sebelum pergi kerja nanti aku tukar senyap-senyap…”
Tengku Aqilah sudah tersenyum megah meraikan kemenangannya membuli suaminya sendiri. Isyh, bukan bulilah berguarau aje…
Tengku Ryan Ameer begitu tenang memandu. Sesekali wajah isterinya dikerling namun dalam suasana malam begini agak sukar untuk dia melihat dengan jelas wajah isterinya.
“Kita singgah makan dulu ya, sebelum balik.” Tengku Ryan Ameer mengutarakan cadangannya, namun dia pelik tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut isterinya itu. Sebaik kereta berhenti di lampu isyarat dia terus memaling ke arah isterinya.
“Laa… tidur rupanya,” bisiknya sendiri, sempat lagi dia mengusap lembut pipi isterinya sebelum kereta meluncur pergi.
Tengku Aqilah nampak begitu lena sekali, dalam lena yang peringkat melampau itu dia boleh lagi mencari tempat yang strategic untuk melentokkan kepalanya, mana lagi kalau bukan di bahu suaminya. Romantiklah pulak, tapi part yang paling tidak semengah bila dia sempat lagi mengelap beberapa titis air liur yang mengalir lesu di bibirnya, pada lengan baju suaminya itu.
Tengku Ryan Ameer yang baru dihambat rasa bahagia terus melepaskan satu keluhan, dalam dia menggeleng bolehkan satu senyuman terukur di bibirnya. Lucu pulak bila memikirkan perangai isterinya itu. Kereta Lamborghini sudah berhenti di depan rumah banglo yang tersergam indah. Tapi macam pelik aje, sebab rumah itu gelap-gelita. Mana pergi semua penghuninya? Lembut Tengku Ryan Ameer mengejutkan isterinya.
“Qila, bangun dah sampai,” panggilnya.
Tengku Aqilah yang terkenal dengan spesies tidur mati, masih lagi leka mengalunkan dengkurannya yang lunak-lunak manja.
“Sayang.. bangun…” Pipi isterinya ditepuk lembut.
Tengku Aqilah mula memberi reaksi. Ala mengadanya, panggil sayang baru nak sedar. Tengku Aqilah membuka matanya perlahan dan benda pertama yang matanya terpandang adalah kesan tompok di lengan baju suaminya. Tengku Aqilah pantas kembali pada kedudukan asal sambil membetulkan rambutnya yang berserabai itu.
“Sorrylah… saya terlanding kat awak tadi. Ada semburan minyak wangi lagi, ta… tapi itu bukan dikira air liur basi. Lepas pukul 12 malam baru dikira, sekarang ni macam air liur basah aje.” Kalut semacamlah pulak Si Qila ni.
Tengku Ryan Ameer sudah tergelak, pipi isterinya dicuit. “Abang tak cakap apa pun, kalau Qila nak sembur satu badan pun tak apa. Dah jomlah kita keluar.” Sempat lagi suaminya mengusik.
Yalah tu, aku bagi yang betul-betul kow kang baru tau, mahu hidung tak boleh kuncup 10 hari. Alah ayat menguratlah tu. Macam aku tak tahu… Hai sempat lagi dia mengutuk suaminya di dalam hati, tak takut dosa ke? Bukan kututlah komen aje… bidas akalnya.
Elok kaki kanan Tengku Aqilah melangkah keluar dari kereta dia terus memegang tangan suaminya yang sudah berdiri di sebelahnya.
“Wait… wait… papa lupa bayar bil elektrik ke? Hish, part-part gelap ni memang saya tak suka. Tak suka sangat-sangat… Jomlah kita tidur kat ofis aje…”
Tengku Aqilah terus menarik semula kakinya masuk ke dalam kereta. Namun elok tangannya hendak menutup pintu suaminya terus menahan.
“Helo… isteriku yang tersayang, cuba tengok betul-betul ini rumah papa ke?” soal Tengku Ryan Ameer yang sudah bertinggung di tepi Tengku Aqilah dengan sebelah tangannya diletakkan di atas paha isterinya.
Tengku Aqilah tidak pula melarang. Tak mungkin, dah sah-sah dia tidak menyedarinya akibat sedang bekerja keras dengan lensa matanya yang rabun biawak itu untuk mengenal pasti lokasi yang sebenarnya.
Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahi. Sebelah tangannya menepuk-nepuk pahanya. Namun tepukan itu makin lama makin perlahan bila dia menyedari, betapa kasarnya kulit pahanya sampai boleh menembusi seluar sleknya itu, pantas dia menundukkan wajah, berderau darahnya melihat betapa selesanya tangan sasa itu mendarat di atas paha miliknya.
“Ehh… rumah aje misteri dahlah, jangan tangan pun misteri,” Penuh keayuan tangan itu dikuis perlahan.
Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum melihatnya.
“Tapi saya memang tak dapat kenal pastilah di mana lokasi yang sebenarnya kita berada,” Fuh! Cara Tengku Aqilah mengajukan soalannya kalahkan pelakon Gerak Khaslah pula.
“Nak tau, jom ikut.” Suaminya sudah menarik tangan Tengku Aqilah.
Pantas Tengku Aqilah menarik tangannya semula.
“No…no… no… seorang perampuan yang bijaksana tak akan ikut sesuka hati seorang lelaki masuk ke dalam rumah berhantu macam ni.”
“Qila, apa yang merepek ni. Ini rumah abanglah, rumah arwah papa, tak kan tak kenal dan lagi satu sayang, abang memang seorang lelaki but I’m your husbang so tak ada istilah ikut sesuka hati okey.”
Ternganga mulut Tengku Aqilah mendengar jawapan suaminya itu. Kepalanya digelengkan berkali-kali.
“What are we doing here?” soalnya sedikit cemas.
Tengku Ryan Ameer membiarkan soalan isterinya terganting begitu sahaja. Dia terus meninggalkan isterinya, pintu pagar automatik sudah tertutup. Dari dalam kereta Tengku Aqilah melihat suaminya sudah membuka pintu rumah dan tidak sempat 1 minit rumah banglo itu sudah terang-benderang dilimpahi cahaya. Dari jarak yang tidaklah terlalu dekat dia melihat suaminya sudah menggamit padanya dan dia yang sedang berusaha mengeraskan hatinya untuk tidak masuk ke dalam rumah itu hanya menggamit semula, sekali pandang dah macam di balai berlepas KLIAlah pulak.
“Nak tidur dalam kereta ke? Tapi kena jaga-jaga sikit tau, takut ada pula yang jadi penemannya. Yalahkan sekarang ni pun dah pukul…” Belum habis suaminya mengatur ayat yang seterusnya, berdentum pintu kereta ditutup.
“Itu ajelah idea awak. Hantu, hantu, hantu… macam saya takut sangat… Seram sikit tu adalah,” gerutu Tengku Aqilah yang sudah berdiri tegak di depan suaminya. Amboi… berjalan ke terbang tadi tu. Hai… penakut betul dengan hantu macamlah hantu tu kerja nak menghadap muka dia aje.
Tengku Ryan Ameer mengerling pada isterinya yang sudah muncung mengalahkan paruh burung kakak tua itu.
“Janganlah marah yang, abang gurau ajelah. Mak Mah dengan Pak Abu balik kampung, jadi abang tak nak biarkan rumah ni terbiar macam tu aje, so abang plan weekend ni nak duduk sinilah. Nanti hari Isnin kita balik, lagipun abang dah call papa tadi, dia kata okey.”
Tengku Aqilah sudah berpeluk tubuh. Beria-ia dia membesarkan matanya yang agak sepet itu.
“Papa yang kata okey, tapi yang nak kena duduk sini saya. Yang awak tanya papa tu buat apa, kenapa awak tak tanya saya? Heiii… tak suka betullah macam ni,” rengus Tengku Aqilah geram.
“Oh yak e? Abang tak tanya Qila ya? Agaknya abang tak khatam lagi belajar, yang suami kena mintak izin isteri bila nak bawa ke mana-mana. Yalahkan sebab yang abang tahu, bukan tempat seorang isteri di sisi suaminya ke? Jadi salahlah ni, abang bawak Qila ke sini?” ujar Tengku Ryan Ameer, lalu terus bergerak menuju ke pintu.
“Bukanlah macam tu, tapi tak salah kalau ada sifar tolak ansur, boleh berbincang kan? At least kalau saya tau, boleh jugak bawak baju, bawak kasu, bawak apa-apa yang patutlah. Habis tu saya nak pakai baju apa? Tak kan nak pakai baju ni sampai dua hari, hantu pun lari nanti.”
Tengku Ryan Ameer sudah tergelak. Dia berpusing mendapatkan isterinya semula.
“Hah… eloklah hantu lagi, jangan abang lari dah. Dah-dahlah tu, okey abang pun salah jugak sebab tak beritahu Qila awal-awal, tapi sebenarnya ini plan last minute, dalam pukul 7.00 tadi Pak Abu call dia kata ada emergency kena balik kampung, tu yang abang terus balik rumah ni. Jom kita masuk sayang, pasal baju sayang jangan risau, dalam almari tu dah sedia baju untuk Qila, pakai aje mana yang berkenan.”
“Kata tak plan?” sampuk Tengku Aqilah pula.
“Baju tu dah lama abang beli. Lepas abang tolong Qila selamatkan Si Bruce, hati abang terus berkata yang Qila aalah suri dalam rumah ini, jadi abang pun mulalah membeli sikit-sikit. Abang yakin satu hari isteri abang ni akan datang juga ke rumah ini sebagai surinya, mari masuk sayang…” Dengan mesra terus bahu isterinya dipeluk.
Tengku Aqilah hanya mengikut sahaja, dalam hati sebenarnya mula berbunga bahagia. Pasti dia tersentuh gila dengan layanan suaminya itu, memanglah tersentuh tapi yang lebih menyentuh hatinya bila mendapat banyak penaja baju-baju.
Wow! Bestnya! Laa… ke situ pulak dia!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...