Tuesday, January 17, 2017

Slot Akasia: Shh.. I Love You








Assalammualaikum. Nantikan drama Shh. I Love You di slot akasia tv3 April nanti. Drama arahan Nizam Zakaria( Di Pintu Syurga)



Pelakon utama: 
 Gambit Saifullah - Kapten Aidan
 Elvina Mohamad - Nur Nadia Omar
 Adeline Tsen -
 Mustaqim Bahadon.
Sinopsis:
Nur Nadia Omar- Keceriaan luaran tidak dapat menutup kesedihan yang membelenggu hati. Hidupnya penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam. Kesukaran hidupnya diterangi cahaya kebahagian apabila hadir si teruna idaman hati.
Ahmad Aidan Ahmad Abhar - Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara dan menumpukan kerjaya di awan biru.

Pertemuan dengan seorang gadis membawa satu perubahan buat dirinya. Mampukah kehadira si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam?
Percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya,perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga yang dibina mula di landa ujian." Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dan move on?
Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me the truth!"- Nadia.
Nadia mula mekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain, meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

" Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak takkan dapat hidup tanpa saya" -Nadia
" Try me"

Cabaran lelaki itu buat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya? Tetapi, bernarkah haya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?








1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq