Wednesday, October 5, 2016

Dramanovel Klik! Pengantin Musim Salju




Aliff Satar dan Siti Nordiana bakal bergabung kembali dalam drama adaptasi novel Klik! Pengantin Musim Salju.


Sinopsis:

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin walaupun namanya sangat feminin Kaseh Lateefa untuk berlakon sebagai pasangannya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir. Kay seorang jurugambar dan mempunyai studio sendiri yang dinamakan Klik. Kay juga tidak mahu disatukan oleh Uminya dengan Izham( mamat sewel yang menyakitkan hatinya)itu setuju dengan cadangan Adam. Lalu, mereka ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra disebabkan Nenek Adam rasa selesa dengan Kay melalui perbualan telefon dan mahu berjumpa dengan Kay.Ini membuatkan Adam menjadi pening.
Musim dingin dan salju tebal di jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. dalam mengharungi hari-hari sebagai pengantin olok2, mereka terjebak dalam gelora cinta yang akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin. Cinta mereka diuji dengan kehadiran sepupu Adam Putra iaitu Hud Mikael yang pernah sukakan Kay dan kembalinya bekas tunang Adam Karlisha. Sifat cemburu Adam,membuatkan keadaan bertambah sukar. Adam menghilangkan diri tanpa berita.Dengan pertolongan Zubir, Adam kembali kepada Kaseh. Adam mengakui kesilapannya meninggalkan kasih.



1 comment:

  1. Tapi tajuk dan sinopsis hampir sama novel inggeris, The Winter Bride karya Anne Gracie. Memang satu kebetulan ke???

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq