Thursday, October 15, 2015

Dhia Sofea



Dhia Sofea sebuah drama yang bukan adaptasi novel.Kebetulan nama watak adalah sama seperti dalam satu cerpen yang pernah diterbitkan.
Jumlah Episode : 15




Sinopsis:
Dhia sofea merupakan anak angkat kepada Mak Yam di beri oleh pasangan tidak dikenali. Dhia Sofea dan Din yang juga menumpang kasih dengan Mak Yam dibesarkan dengan kasih sayang. Dalam diam, Din mempunyai perasaan pada Dhia,namun dia tidak meluahkan disebabkan Dhia mempunyai kekasih bernama JJ. Pada ulangtahun hari lahir ke 23, Dhia mendapat tahu rahsia sebenar akan dirinya. Dhia mula mencari ibu bapa kandungnya,berbekalkan seutas rantai huruf M yang ditinggalkan.
Suatu hari Dhia melawat ke rumah JJ, dan terlihat sekeping gambar lama di rumah JJ  yang dirasakan ada kaitan dengan dirinya. JJ memberitahu wanita dalam gambar itu adalah ibunya Lorena.
 Dhia cuba mendekati Lorena untuk mengetahui adakah benar gerak hatinya itu. Lorena tidak mengakui. JJ sedia membantu Dhia. Lorena tidak mahu kerjaya suaminya terbongkar,lalu memendamkan rahsia sebenar. Dolly pula membuat rancangan untuk menghapuskan Dhia.
Apa rahsia yang cuba disembunyikan Lorena dan Dolly?

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq