join admya di FB

Drama isteri separuh masa




Assalammualaikum, novel adaptasi  Isteri Separuh Masa kembali trending di blog
 jam tayangan: 10 malam
Tayangan: 16 Mac 2015
Channel: Astro Ria
Sinopsis:

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca  papa dan mamanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu.Terus perang dilancarkan dengan adik angkatnya itu.
Hubungan mereka menjadi rumit apabila nenek mahu menjodohkan mereka sebelum Nazrin ke luar negara.Medina sedih kerana impiannya untuk Megat Shahzril ke Ireland harus dilupakan.

Sepanjang di luar negara, Nazrin langsung tak ambik peduli hal Medina.Rasa bencinya tidak pernah surut. Nazrin hanya berbaik-baik dengan Medina pabila di depan keluarga. Di belakang, mereka ibarat kucing dan anjing, tak boleh ketemu,ada saja benda tak kena.Lain pula Medina, dia buat apa sahaja untuk menambat hati suaminya, namun gagal.
Bertahun berlalu, kini Medina bergelar Mahasiswi. Hidupnya menjadi kacau bilau bila suaminya Nazrin menjadi tutor kepada salah satu subjek yang diambilnya, siap duduk sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek mahu menetap bersama mereka.
Demi cinta pada suami, Medina rela menjadi isteri Nazrin biarpun isteri separuh masa.Kehadiran bunga-bunga orkid mengingatkan medina pada Megat Shahzril.Adakah ada bunga-bunga cinta antara Nazrin dan Medina?

Download drama Isteri Separuh Masa












jangan ketinggalan untuk menonton drama ni.
admya: tak sabar nak tengok mamat mulut laser Nazrin Shah
watak mereka lebih kurang seperti dalam Projekmemikatsuami




Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq