join admya di FB

Memori Cinta Suraya




update! Assalammualaikum semua,
Drama terjemahan dari  telenovela latin yang diberi Judul Memori Cinta Suraya
Judul asal: Cinta Sesungguhnya/ A love to remember
waktu tayangan: 6pm-7pm*perubahan waktu
Jumlah episode : 148 
terbitan: global station
channel: astro Prima dan Maya HD sahaja

 Sinopsis:
 Megat Rayyan seorang lelaki yang punyai segalanya. Kekayaan,rupa serta seorang tunang yang bakal dikahwini.Suatu hari, Rayyan telah terjatuh dari kapal terbang dan lupa ingatan dan hilang penglihatan.Beliau diselamatkan oleh seorang gadis bernama Suraya.- gadis biasa yang hidup bersama ibu saudara yang seperti ibu tiri dan sepupunya. Rayyan menjadi takut apabila mendapati dirinya kini menjadi buta dan hilang ingatan. Suraya memanggilnya Rizal sepanjang tinggal bersama keluarganya. Dalam diam,Rizal dan Suraya saling jatuh cinta dan mereka berkahwin.

Tengku Elina bersedih apabila mendapat tahu anaknya hilang setelah jatuh dari pesawat. Rayyan akhirnya kembali ke pangkuan keluarga  selepas beberapa bulan terpisah.Dia mula mendapat ingatannya kembali. Akan tetapi, dia  tidak lagi mengingati tentang Suraya. Suraya cuba mengingatkan Rayyan namun tidak berjaya. Suraya mengambil keputusan menjadi orang gaji di rumah Rayyan supaya sentiasa dekatnya.Apatah lagi, Suraya kini mengandung anak Rayyan.Irina cuba menggoda adik Rayyan Haikal selepas Rayyan tidak mahu mengahwininya selepas mendapat tahu Irina cuma cintakan harta dan bukan dirinya.Haikal sememangkan cintakan Irina,menerimanya dengan hati terbuka walaupun dia masih sangsi akan cinta Irina.Namun, rancangan sebenar Irina dan mamanya adalah untuk membunuh Haikal agar dapat mengahwini Rayyan.Irina memberi Haikal suntikan,agar Haikal sentiasa tidur dan tidak menggangu rancangannya itu. Rayyan mula memikirkan kata-kata Suraya tentang dia adalah suami Suraya,namun dia tidak mempercayainya.

Rayyan menuruti kehendak Irina. Dia kini berkahwin dengan Irina,namun hatinya tidak dapat melupakan Suraya. Tanpa pengetahuan Suraya, dia adalah anak kepada Datuk Amran.(Padanlah dia baik dengan Suraya)

Para pelakon:
Hisham Hamid- Megat Rayyan
Alzana Nasir- Suraya
Afiq Muiz- Megat Haikal
Marisa Yasmin- Tengku Elina
Miera Liyana- Irina
Iqram Dinzly- Rizal
Watie Sadali- Datin Raziah
Arash Mohd- Datuk Amran
Liza Abdullah - Shamsiah(Makcik Suraya)



telenovela asal- a love to remember



Makcik Samsiah yang sentiasa cari pasal dengan Suraya


admya

Memoricintasuraya

Comments

  1. drama melayu dah nk ikut stail drama indonesia ke?episod panjang2....

    ReplyDelete
  2. laa 148 episod ke.. ingat 128.. tak memasal da tersangkut ngan citer ni.. tak sabo nk kasi abis. malas da nk ikut cite pasni.. penat..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq