Tips Diet Hari Raya



Assalammualaikum 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi semua Umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia akan menyambut Hari Lebaran@Hari Raya Aidilfitri.Lumrah rakyat Malaysia, tiba hari raya,pasti pelbagai juadah memenuhi meja. Itu belum lagi memenuhi undangan rumah terbuka. Pelbagai juadah dan kuih muih akan dihidangkan.

Sering kali kita risau yang berat badan naik selepas raya selepas makan makanan yang lazat dihidangkan. Yelah, rezeki jangan ditolak,dah tuan rumah hidang,rugilah kalau tak makan kan?Lagi-lagi bila tuan rumah hidang makanan yang enak-enak. So tanpa disedari makan tadi dah jadi melantakk.  Lepas tu datanglah sakit perut,senak perut.Tu yang klinik laris lepas raya.Macam-macam disumbat dalam perut. Pastu baru menyesal,badan dah naik.

Lazimnya makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaanya mengandungi kandungan lemak ,gula dan kalori yang tinggi.

Kat sini,admya nak kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa Hari Raya Aidilfitri.

1. Bila melihat juadah yang terhidang,kawal nafsu. Scanning  beberapa saat semua makan yang ada sebelum buat keputusan ambik juadah yang mana ingin makan.Dengan cara ini boleh membantu anda mengambil semua juadah setiap makanan secara terkawal. Bila makan secara sederhana,sistem penghadaman pun akan berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri.

2. Anda juga dinasihatkan untuk tidak lupa minum air secukupnya dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Sebabnya untuk mengelakkan masalah sembelit semasa hari raya. Kan,tak pasal-pasal terkurung kat tandas.
3. Semua sedia maklum hidangan hari raya terdiri makanan yang kurang lemak,tinggi garam,tinggi gula.  Makanan sebegini boleh menyebabkan makanan tidak hadam dan sembelit.Maka,anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makanan seperti ini terutamanya air berkarbonat yang popular di hari raya. Kalau nak minum juga, boleh,tapi pastikan minum air berkarbonat setengah gelas dan kemudian minum air kosong jika masih berasa dahaga.

4. Kurma amat popular ketika bulan Ramadhan,tapi dilupai bila tiba Syawal.Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah amat digalakkan.Dicadangkan juga makanan seperti roti gandum penuh,susu rendah lemak,sepotong buah-buahan sebagai sarapan sebelum menjamah ketupat dan rendang.

5. Untuk makan tengahari dan makan malam,pastinya anda sudah kenyang dengan ketupat lemang dan hidangan raya yang lain.  Sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan pada hari tersebut bolehlah ditambah dengan pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayuran amat penting untuk membantu penghadaman.
Diharap panduan yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. 

Kalori Hidangan Hari Raya. setiap satu hidangan
Lontong = 348.6
Ketupat palas: 119.4
Serunding Ayam= 183.5
Serunding Daging = 197.9
Soto Ayam = 401.5
Lemang =82.8
Ingat. Tubuh badan kita bukan untuk dipakai sehari dua tapi sepanjang hidup kita. Nak tahu lebih lanjut Kalori makanan boleh check kat sini

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Maaf zahir & batin.

Sumber asal panduan: Kevin Zahari

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...