Sunday, June 16, 2013

Saya sebenarnya isteri dia episode 11


Sinopsis episode 11

update download link

Firash dan Syaf pergi honeymoon. Syaf terpegun melihat kelopak bunga di atas katil.Tak sangka Firash boleh book bilik suite yang mahal ni.


Malam tu, Firash tunggu Syaf di lobi.Kagum Firash melihat Syaf cantik memakai baju pemberiannya.Kemudian diorang pergi tepi pantai.Masa nilah,Firash meluahkan rasa cintanya pada Syaf.



Firash:saya sayangkan awak
Syaf:Kalau sayang naper awak selalu marahkan saya.
Firash: mana taknya saya kena kahwin dengan perempuan yang langsung tak cinta,apatah lagi awak bakal kakak ipar saya.
syaf yang mendengar luahan Firash,tetiba melarikan diri.

babak ini  tak ditunjukkan sepenuhnya 


Di bilik,syaf menangis dan mula meminta cerai. Firash terkejut dan mula syak syaf minta cerai sebab qimy. Syaf menafikannya. Rupanya Syaf salah faham.

Firash: itulah,lain kali dengar sampai habis.
babak ni tak tayang ka tv
Firash:apa yang perlu dengar dan tahu adalah saya sayangkan awak syafa aqira.Firash cuba memujuk Syaf.


Pagi ,pagi yang indah^^

Firash cuba mengejut Syaf dengan memanggilnya sayang.

Syaf jadi malu bila dipanggil sayang.Dia mula melarikan diri ke dalam bilik mandi. Firash mula dengan idea nakal.nak tambah satu hari lagi untuk honeymoon.
syaf: boleh,kalau awak nak honeymoon lagi,awak honeymoon kat sini sorang2
syaf kan pentingkan kerja.

Di pejabat.
Awin dan sarah tak habis-habis memuji Syaf yang berseri-seri.
Awin: Amboi,lawanya kak syaf.berseriseri-nampak macam baru balik dari honeymoon.
sarah:yela.
awin:kak syaf ada boyfriend baru ye?
syaf:mana ada(sambil jeling pada firash)
firash tersenyum-senyum dengar pujian tu..hehe

sambil ambik laporan di meja firash.
syaf:awak ada bagitau diorang
firash:mana ada sayang
syaf:dah,dah jangan nak bersayang-sayang kat ofis ini
firash:terus dengan senyum meleret dia.


Satu hari, ketika membelek-belek surat diterima,syaf menerima surat "pelik".Tanpa diduga Rania telah menghantar kepingan gambar Firash dan dirinya pada Syaf Syaf tidak tahu yang Firash telah dianiayai.Lalu ambik keputusan tinggalkan pejabat dan menangis di tepi pantai. 
Di pejabat
Firash cuba mencari Syaf. Ketika menunggu,Firash ternampak kepingan gambar di dalam tong sampah.Tahulah dia yang Syaf telah melihat gambar tersebut. Puas di cari syaf.



Akhirnya dia bertemu Syaf. Firash cuba menjelaskan hal sebenarnya.Namun,syaf yang terlalu kecewa tidak memberi peluang.
Bila dah explain,Syaf tetap tak percaya yang Firash telah diculik.

huhu..Firash nangis

 Syaf ambik keputusan untuk tinggal bersama sarah.

di rumah:
firash:hello sayang
rupa-rupanya rania yang call.rania:tak sangka u panggil i sayang
firash: ko nak aper lagi?bengang je firash bila dengar suara rania,ingatkan syaf yang call.

Di pejabat(hari esoknya)
Firash datang ke pejabat dalam keadaan serabai.
Awin: Asal aku tengok ko macam orang yang bini lari je?
Firash:mana semua orang?
Awin:tengah meeting pasal annual dinner.
Firash berlari ke bilik meeting tapi terdengar perbualan syaf dan haqimy.
sakit je hati firash mendengarnya
syaf:happy birthday qimy
qimy:ingat ye.

di rumah:
firash menelefon mama.
syaf naik tangga nak ke bilik bila terdengar firash menyebut i love you banyak kali.
aduhai...syaf salah faham lagi.firash ucap ilove u pada mama.
pintu dihempas kuat oleh syaf.

firash tak dapat nak pujuk syaf bila bola terkena kepala syaf.(T_T)


family day company.
firash dan syaf tak bertegur sapa. firash hanya boleh lihat syaf dari jauh je.
malam annual dinner.Syaf memakai baju pemberian syaf.Firash tersenyum melihat Syaf.

Syaf minta izin ke bilik air.Firash mengekori Syaf. Tanpa dijangka,syaf terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu adalah Raimy.Firash yang melihat terkejut dan menahan cemburu.


scary tengok muka firash time ni



admya:
panjang betul review hari ni. Sedih betul episode hari ni. Syaf banyak salah faham tentang Firash.Kesian pada Firash.nasib baik ada babak sweet-mwety.




2 comments:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq